Wednesday, February 13, 2008
Anazam tagged me
2. List eight (8) random facts about yourself.
3. Tag eight people at the end of this post and list their names.
4. Let them know they've been tagged by leaving them a comment on their blogs
8 Random Facts Bout Me
1. born in Hospital Kota Bharu at 6.** am on 11th June 19*** (ecece cam rahsia sangat! huhu) bersamaan 18 Syaaban 1402.
2. Tadika Raja Dewa,SRK Hamzah Machang ( a month or so), SRK Zainab Satu, SM Zainab Satu ( for a week or so) and SMKA Naim Lilbanat, University Teknologi PETRONAS, PAAC, INTAN.
3. I used to be mistaken as a boy when i was in standard 3..maybe because of the hair..
4. Used to be KRU's die hard fan.. bought everything published that has KRU in it .( Thrown everything out unfortunately except for the AWAS scrapbook authographed by them.)
5. Dance for the first and hopefully the last in front of people for the PETRONAS IT Conference in Terengganu during my internship.tulon ..Ulik Mayang lagi tuu....i would rather sing walaupun sumbangsih dari menari cam kayu..wahaha.
6. I like to eat!! Even more trying out anything from the new restaurant in town..lucky to have partner in crime..but it is bad for the pocket and expanding waistline.. haha
7. Just like Anazam , me too not really cared about what people perception bout me, life, and others.Me becoming more ignorant than ever. Is it part of growing up?..or is it just me going depressed?..haha
8. I gained weight tooo!! at first was soo happy coz really get tired of people complaining that i'm too skinny despite No. 6, then suddenly when i cannot fit into my favourite jeans..wohoho... enuff..
Sunday, February 10, 2008
posto!!
membawa khabar gembira..
walau hanya bakti semata..
namun ia hanya di mula..
nanti pasti ada manisnya..
akhirnya melangkah satu anak tangga..
Saturday, February 09, 2008
Wednesday, January 30, 2008
1 FEB???
hari ini aku melompat-lompat ke laman laman lain sambil-sambil membuat kerja aku..aku baca-baca..
aku dapat konklusi ini..
dear diri aku..aku tahu kita suka jawatan sebab nanti banyak fulusnya..kita suka.. nanti orang dengar sikit kata kita..tapi kalau nak diikutkan..jawatan itu amanah..kita patut menangis bukan?bukannya menangis kalau tak dapat tp menangis sebab dapat..ia berat.. jangan ambil ringan..berat... di hadapan tuhan nanti..
walaupun kerja kita hanya duk mengarang surat atau mengira duit dan buat statistik..berat..
pesanan Rasulullah s.a.w. kepada Abu Zar al-Ghifari yang datang memohon jawatan kepada Rasulullah s.a.w.;
"Wahai Abu Zar, kamu lemah sedangkan jawatan yang kamu minta ini adalah amanah. Dan dengannya (jawatan) kelak di hari akhirat kamu akan menyesal dan dukacita; melainkan kamu ambil kerana kamu layak memikulnya, dan kamu tunaikan pula amanah itu."
Sabdanya lagi: "Mana-mana pemimpin yang mengkhianati rakyatnya, maka ia di dalam neraka."
(Riwayat Tabrani)
Abu Zar adalah sahabat nabi yang pernah pengsan kerana takutkan Allah.kita?
pengsan sebab tak tahan panas..duhh
Monday, January 28, 2008
It's a BOY !!

New crib
i've moved out of the 4-bedroom house to 5-bedroom house..
I just realised how expensive the transition can be..
never mind.. after all everything is for the comfort of home..
I like spacious and bright rooms..hehe
so i think we kinda very satisfied with our house..
but to completely hv all the equipments and stuff we need..
it will take some time and a lot of money..hehe..
takpe slow slow..the list of things to do and buy are very long..
These 2 days, i sometimes just simply close my eyes and pay..a very no-no
hehe
So many funny things happened while moving out and moving in
also many 'kecederaan' juga..
thanks to ecah n pirate.. !
Tuesday, January 22, 2008
kopi c ais vs kopi O
kita selalu bancuh kopi..
bila mengantuk atau dahaga..
mesti minum kopi..
Kalau kita bancuh kopi..
ada orang suka..
ada orang cakap pahit..
ada orang cakap manis.. tapi minum juga..
ada jugak yang tak minum pun kopi langsung.
biarlah.. janji kita bancuh sebab kita yang nak minum..
macam hidup kita juga kan?
*ilham dr comments di blog ecah..
Zombie
dear bro..
i think i'm one of them now.. zombie kampung pisang.. eheh
i answered all the given questions here..
so let's see wether i really am zombie at work..
1) What is it about the job that makes you happy? the freedom, the money, the colleague or the girl/guy you’re eyeing
i would say when i got this job it was merely for the sake of getting a job.. but then.."berkhidmat untuk negara" became a motivation..oh yeah.. the pay is not that bad..with the increment and all.. it was okay.. and the colleagues.. yerp i hv the best team.... we do hate each other as much as we love each one of us.. haha and after a while the b..u..n.. spirit is fading.. more of s..y..m..p.. but now.. i think i work so that i can pay for all the indulgence i can enjoy over the weekend..hahaha
2) When you go back this evening, can you predict what’s your work going to be like tomorrow?
ooo yes.. every detail..it will be pretty much the same of any other working day
3) How’s the boss? friendly? enemy? Do you even have any friends?
boss.. ok.. we can discuss things..friends..wo..i hv plenty...and a few close friends whom i trust tanpa berbelah bagi too..
4) Did you improve when compared to yourself when you first started working? knowledge, experience, attitude, qualification wise?
ermm.. i don't know.. knowledge ..definitelly.. i always thought why didn't i study law before..haha.. well there's alot of lesson-learnt.. sungguh..
5) If you are on leave for 1 months, can somebody else do your job?
woaaahhh.. yes.. my colleague can always take over..we are doing the exact same thing..but he will have to work extra hours and will became a serious caffeine-addict that look like a real zombie in 2 weeks.
6) We work to make money, do you have an emergency fund (at least 6 month of your salary)?6 months?
ermmm.. got some savings but it will burnt out ..with the inflation and high cost of living.. no.. 6 months savings will mengalir laju ke muara..heh..
ermm.. so how banji?
I'm not really a zombie eh?..but i may on the right track of becoming one..
need to do something for a reverse effect..any tips?
kembali ke jalan yang benar..
Azam 2008
azam tahun baru
- berani membuat keputusan although it might hurts..me or others..(i'm 26..dah tua duhh..sampai bila nk being childish ?)
- beli rumah (yee haa..insyaAllah ada rezeki....)
- perjanjian komitmen sehingga mati
- pembelajaran berterusan ( mengenal tuhan, about work, about life)
- lebih menghargai diri dan perasaan sendiri
- be a better cook..wahahaha..lol.
- make mama and papa happy n tersenyum bangga..(this has been my azam all the years ..and it will be as long as i live.)
kenangan pahit.
- i may have lose faith on some people.. and it still hurts... but never mind.. I can mend my own heart.
pengajaran 2007
- being misunderstood and misjudge for others' fault and i am still regretting for the fact that i still can't get over it..like macam sampai mati laa aku akan ingat..
- jealousy can kill u.. seriously.
- mcm ecah juge..jangan malas...
- no one will stand for u unless u stand for urself..
- a friend in need is a friend in deed
pencapaian paling bermakna
being blessed with thousands of things ...
- ptk
- umrah.. alhamdulillah.
- blessed with caring people around...
- and blessed with u .. who can even sense me crying over the phone no matter how hard i try to fight the tears.. :)
Kalau ada pose menarik, sila paparkan di sini… nanti-nantilah...
Tag 8 lucky friends? Hmm, here’s the list! Kawan2, kalau sudi dan ada masa, silalah…
Monday, January 21, 2008
kala malam bulan mengambang
Thursday, January 17, 2008
balik jom

Tuesday, January 15, 2008
balas pantun
Kelip-kelip disangka api,
Kalau api mana puntungnya,
Hilang ghaib disangka mati,
Kalau mati mana kuburnya...
p/s:- nolee, jawab la..aku jual ni ;p
ini aku jawab yer:
Jangan dirajuk hati perasaan
Jika tiada di mata bersua
Andai mati ketentuan tuhan
Tiada kuburan tetap jua
Walau ghaib hilang haluan
kelana merata hujung dunia
Andai jodoh takdirnya di depan
Maka bersama akhirnya usia
boleh?
Monday, January 14, 2008
4 days-the weakest me..
esoknya badan aku makin panas.. susah betul nak bangun..tapi kena jugak..sebab nak anta adik balik ke kampus..pening2 terasa..mungkin sebab badan panas..dah naik ke kepala..aku gagahkan jugak drive hantar adik..dan kemudian balik..selepas itu terus aku ketiduran..tak silap sampai pagi..esoknya hari jumaat..nasib baik aku dh mmg apply cuti..aku bangun pagi-pagi terus mandi..terasa segar sikit..aku drive ke klinik..sungguh . aku tak tahan..dengan demam itu..urat sendi semua terasa sakit-sakit..kerongkong dah perit..batuk pun terasa menyakitkan dada.Selalunya payah untuk aku ke klinik..tapi ini memang tak sempat2 aku nak ke klinik.. nampak sangat.,.. aku sudah tidak tahan..
di rumah aku berbungkus sahaja didalam selimut toto ku itu..sekejap aku berbungkus litup..sejuk..menggigil.. sekejap aku campak semua selimut itu..panasslidah terasa pahit..semua yang aku telan ..pahit.. aku buat milo panas manis-manis pun terasa pahit..aku tidak mampu lagi untuk menelan apa-apa.. semua yang aku telan.. aku muntah semula..tidak tahu ntah ke berapa kali air mata mengalir.. kerana aku memang tidak tahan..sabar jelah.. dugaan tuhan..
kalau ada yang bertanya khabarku.. aku jawab dengan ceria.. demam sikit.. aku senyum aje..aku berpura-pura kuat.. sedangkan hakikatnya.. setakat yang aku ingat.. tidak pernah dalam hidupku terasa selemah itu..fizikal..atau pun emosi..sungguh waktu itu... terasa separuh mati..miserably sick.. restless..hopeless..weak..
sepanjang hujung minggu ..aku hanya berkurung di bilik..berbungkus didalam selimut.. aku bawa naik ke bilik sebuku gardenia..sebotol 100 plus.. sebotol air masak..dan segelas milo panas..walaupun hakikatnya aku tiada selera.. tengah malam bila terasa lapar..aku bersila di tepi katil ..mencicah roti dengan milo..tidak larat.. itu sahaja yang aku makan.. ada syikin belikan nasi tengahari isnin itu..tapi sungguh aku tiada selera..tekak tidak mahu menerima.. mesti aku muntah.. kemudian aku terus tidur dan tidur..kadangkala dengar suara-suara rakan-rakan ku bergelak tawa.. diluar.. mahu bershopping agaknya mereka..tak pun ke wayang..arghh.. tidak mampu aku hendak menunjuk kan muka..
malam ahad..pirate sampai dari kampung.. dipaksa ku..keluar..walaupun aku tidak larat..tapi aku gagahkan jua.. aku perlu angin luar..ke gerai nasi air.. tapi aku rasa nasi air itu bagai menyiat-nyiat kulit setiap kali aku menelannya.. aduh..sakit betul..selepas itu aku ke klinik sekali lagi..
doktor menukar preskripsi..memberikan ubat ..dan antibiotik yang lebih kuat selain daripada ubat tahan sakit.. untuk mengurangkan rasa sakit-sakit badan yang aku alami..hari selasa.. aku ke ofis ..walaupun batuk yang masih bersisa .. aku pergi juga..
aku tidak suka terasa lemah.. aku tidak suka menunjuk lemah.. aku benci diri aku yang lemah..jadi biarlah buat-buat kuat.. supaya aku betul-betul jadi kuat..
sampai hari ini ..kalu aku ingatkan keadaan aku ketika itu aku rasa sedih.. dampai sekarang aku masih mengalirkan airmata mengingatkan keadaan ku ketika itu..aku tidak boleh melihat atau mendengar orang sakit..aku teringat keadaan aku ketika itu..
Itu baru 4 hari demam.. baru sedikit tuhan menguji.. belum lagi seperti orang lain.. diberi sakit yang tida k akan sembuh..cedera..cacat.. dan sebagainya..itu baru 4 hari demam....tuhan..aku memang insaf..waktu itu mengajar aku.. aku mungkin berkawan seribu... aku mungkin besaudara sepuluh.. namun setiap ketika hanya tuhan yang sentiasa di sisi.. hanya tuhan yang maha mendengar..hanya tuhan yang maha mengasihani.
semalam aku pesan dengan seseorang.. supaya tidak lagi bercerita fasal ketika itu..kerana setiap kali aku akan rasa sedih.. aku tulis di sini..kerana bimbang..aku terlupa..aku tidak mahu lupa.. kerana ia mengingatkan aku.. cukuplah tuhan ada di sisiku..
Wednesday, January 09, 2008
Friday, January 04, 2008
i am sorry
breaking into pieces for the first time ..in the office..
sorry..i may hv the biggest ego word can describe..
or just plainly ignorant..maybe..
i'm sorry if i hurt u..i'm wounded too..
and it's hurt..bleed..
for watever reason i am..
alhough it might be me who had cause it..
the point is i am hurt.
so for things to go on as what it is before..it takes time..
pls be patient with me ok?
i need to heal myself..
then we can go out and rock the world like before..
r u still with me?
Wednesday, January 02, 2008
2008
apa korang buat malam tahun baru aritu?ada yg pegi tgk fireworks ke?
saya memenuhi undangan seorang sahabat lama..ajah.. she invited me and a few other friends to her private housewarming cun new year celebration do so called "barbeku"nasib baik pirate sudi untuk temankan n menunjuk arah dengan selamat..he fetch me at home after isyak..n we went to sek.8, bangi to fetch my friend 'tett' and we were on our way to Ajah's house in Bukit Raja.jalan jem giler malam itu.. sekali lagi thanks to pirate.. kalu harapkan saya and tett mahu saja patah balik terus..tak sampai umah ajah..
we really had fun in ajah's . I met my old friend, Ika, haven't seen her since SPM. huhu masih kecik kiut seperti dulu.. I also met mazaya and hubby.. Kenduri dia last month saya tak dapat pegi. jumpa macam ni pun jadilah. I also met a few new friends..The food was superbb..and to ajah.. ur new house nih best lah..!! hehe I wish i had my own house too.. bukan sewa-sewa..sonoknyerr..I'm sorry that i can't wait till midnight.. hehe..
After came back from ajah's house i went jalan-jalan with pirate n we went for supper at Coffee Station near Jusco ekuin.not bad. Byk pilihan makanan and coffee yang best..Sampai rumah saya tidur kepenatan.Esok ada appointment ngan orang nih.. hmm..
Esoknya he called at 7.00 but i was too tired so i sambung tido lagi.. hehe..at 9, pirate n i went for breakfast and headed to THE OFFICE to sign my PERJANJIAN KOmitmen jangka panjang..hehe..best-best.. ingatkan susah .. macam-macam tanya officer itu rupanya takdelaa pelik sangat pun.. then we rushed to Sunway Pyramid for our lunch date with syikin n hubby.
We had an authentic lunch at Ole-ole Bali.. kebas kaki akak duduk bersila but it was worth it.. We had NAsi Champur ole-ole bali comprises of ( NAsi putih/kuning),squid,fish, sate lilit, and rendang(ayam/daging), sayur kangkung with sauces.yummy!For drinks I chose Lemongrass Mojito, pirate chose Es CAmpur, syikin.. Pulut Hitam ice blended and her hubby chose Avocado Shake. Sedap dan berpatutan. the ambience also was very soothing with bali's traditional song in the background and also Bali-style decorations.Nice.. I definitely will go there again.
After that i went searching for a new house.. tahun baru ..kena lah serba baru kan?..I want to clear my head ..so tuhan dah buka jalan..saya terima sahaja.AFter an early dinner i headed home exhausted..
dan ari ini mau keje..saya terasa malas sekali.. tapi malangnya ada urgent matters to be settle .. urghh.
Secara general tahun 2008 ini saya mahu serius.. saya mahu serius dengan setiap keputusan yang saya ambil.. tiada lagi perangai tidak-kisah.. I had used it ..the "tak kisah"..as my defensive weapon for so long.. it is time to move on.
It is about time..
Monday, December 31, 2007
en dof ye ar
melihat fail-fail hijau tersusun kemas di gerobok besi..sudah terlihat tugasan-tugasan 2008..
kalendar 2008 yang baru belum saya buka..belum di tampal.. diletak di atas meja.. biarlah..
tahun ini.. saya dapat banyakkk.. Alhamdulillah..tahun ini juga ..saya hilang beberapa.. juga Alhamdulillah..mungkin ada hikmahNya.. saya redha..mungkin saya yang byk dosa..Astaghfirullah..atau tuhan mungkin sengaja menguji..semoga saya mampu terus bersabar..saya redhakan saja..
tapi sepertimana tahun lepas.. beban bahu ini.. masih terasa berat..amanah dipikul masih berat..demi negara..agama dan bangsa.. tahun lepas ..tidak dapat tidur saya dengan amanah ini..tapi sekarang sudah semakin terbiasa..sesekali meracau juga..
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: " Ia (iaitu kepimpinan) adalah amanah dan di akhirat ia menjadi kehinaan dan penyesalan kecuali mereka yang mengambilnya dengan hak dan melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan di dalamnya"
-hadis riwayat Muslim-
biar tumpah air mata berdarah..
saya hanya mampu berserah..
jika sahabat beralih arah..
saya doakan semoga bahagia dan tabah..
walau mungkin tidak sedarah..
namamu tetap dalam sejarah..
cewah.. 6 kerat tu.. banji jangan marah naa...
ada lagi skill2 pantun tuh.hehe
kalu nak jawab silakan ajer..
Thursday, December 27, 2007
ikut je
fasal.. fasal.. erm erm..
satu lagi komitmen besar-jika betul-ia tertulis dalam takdir dan rezeki saya-tahun depan..
haha..
biasalah kalu dah nak lompat jauh.. mesti rasa takut dan ragu kan..
kena pulak saya yang gayat ini..
I was rather speculating bout what my parents would say about it..
kata brutal..ryu_7 cakap " mak bapak biasa ikut anak-anak ajer.."
betul ke?
eh brutal n ryu_7 hmmm... ? (*wink)
anymore wisdom from ryu_7 ..brut?
Wednesday, December 26, 2007
today
ngantuk amat mengantuk..
pagi tadi bangun 5 minit sebelum pukul tujuh ..nasib baik ada yang ingin menumpang ke ofis..kalu tak mau jer aku terus tido...
dalam mengantuk itu sempat jugak aku siapkan 2 draf..
and we (*wink) shared BR ice cream today over lunch..nice flavors.. Jamoca (chocolate fudge n roasted almond) + Banana n strawberry.. nyum..
I want to wash my car today.. but looks like it is going to rain.. aiyaaa.. it has been months ..no matter what i have to wash the car today..
aiyoyo.. and i want to have a good night sleep tonite.. so exhausted..adeh adeh..
Monday, December 24, 2007
The secret of Life
but i found the title is very interesting and the fact that the author was also a blogger made it more appealling..
it is about life..
what life has to offer..
learn to appreciate it..
to educate.. to share.. to reflect.. and to inspire..
the secret of life..
I must find some time to read.. not that the book is so thick.. haha nipis saja..
Tuesday, December 18, 2007
korban
kelam kabut aku menghubungi semua ahli mesyuarat.. habih segala teknologi semboyan..trumpet semua dikerah untuk mewarwar kan pembatalan itu.. aduiii..
aku dah miss banyak kenduri dari bulan lepas..
kenduri nida (ZS old girl), syikin( hosmet cum UTPian), lily (UTPian)..
sorilah kawan-kawan.. aku belum dapat menyusun jadual dan pergerakan ku dengan mantap.. masih bertatih tatih lagi..
itu yang banyak aku terlepas..
arini malas betul bangun..although i was actually in a cheerful mood..
petang semalam aku telah menyetujui satu perjanjian komitmen yang amat besar..
dengan izin orang tua.. dan sedikit kata semangat orang-orang disekeliling..aku dengan yakin telah menyetujui komitmen itu.. eheh..
takpelah demi masa depan..
cewah macam setuju nak kawin jer.. kuang kuang..
tapi arini agak lambat sampai.. bila lif tiba di tingkat 11 .. berebut-rebut plak derang untuk turun.. heran.. ada apa arini yer?..
aku garu-garu kepala sambil mengetip kad.. lengang opis..sib baik ada my staff Dana kat meja .. ditanya-tanya rupanya hari kualiti.. arghh malas plak nak turun..
tapi aku lapar ..nak bekpes.. hmm.. last2 aku berkurung ajer di "gua tempurung" ku itu..Dana plak turun ke dewan dengan Nadi..
sekali derang naik balik..ohh dewan suda penuh.. hmm.. aku ajak mereka bekpes..tapi macam mana yer hendak turun tanpa dikesan.. hehe.. mula laa kitorang menyusup mengikut jalan-jalan tikus sampai ke cafe.. pirate n his hosmet joined us there..
haha..sanggup..makan punya fasal..jalan tikus pun jalan tikus laa..
esok aku cuti.. hari raya.. moga tuhan permudahkan perjalanan kami untuk pulang.. tiap tiap hari aku minta perkhabaran tentang bah.. aku begitu rindu untuk pulang.. tidak sanggup rasanya kalu perlu berhari raya di sini .. tapi kalu suda ditakdir begitu..
arghh aku berusaha juga untuk pulang.. setiap nasihat dan tips pemetaan dan pencarian jalan alternatif aku cuba.. asalkan selamat sampai di rumah..
salam aidiladha ..
setiap perjuangan ada pengorbanan..
setiap pengorbanan ada balasan..
balasan itu perjanjian..
perjanjian keredhaan Tuhan
Friday, December 07, 2007
yeay
they went to pick up my sister at her campus in gombak in the afternoon before headed to my house in bangi..they arrived at nearly 8.00 pm so we went out for dinner..Initially i wanted to bring them to Nim's but since it was situated quite ' dalam kampung', my dad asked for somewhere easier so we went to Limau Nipis.My mum and bro ordered limau nipis special both for nasi goreng and drinks.. while dad had teh halia and nasi gorang ikan masin.. me n my sister had tomyam ..with rice n bihun..had a laugh and chit chat.. i wish i was on-leave today so i could accompany them but i can't..hehe
Bravo to my bro who had drive from kb to kl.. before this he was always afraid of long distavt journey since he will felt sick after that.
Monday, November 26, 2007
me in the city
The Battle of Uhud (Arabic: غزوة Ø£ØØ¯) was fought on 23 March 625 (3 Shawwal 3 AH in the Islamic calendar) at Mount Uhud, in what is now north-western Arabia.[1] It occurred between a force from the Muslim community of Medina led by Muhammad, and a force led by Abu Sufyan from Mecca, the town from which many of the Muslims had previously emigrated (hijra). The Battle of Uhud was the second military encounter between the Meccans and the Muslims, preceded by the Battle of Badr in 624, where a small Muslim army had defeated the larger Meccan army. Marching out from Mecca towards Medina on 11 March 625, the Meccans desired to avenge their losses at Badr and strike back at Muhammad. The Muslims readied for war soon afterwards and the two armies fought on the slopes and plains of Uhud.
source :wiki
for more info n full story of the battle go to wikipedia..
kawasan yang berpagar itu merupakan kawasan perkuburan para syuhada termasuklah bapa saudara Rasulullah, Hamzah. Dalam peperangan ini, Orang-orang Islam hampir kalah kerana menyangkakan orang2 musyrikin telah mengalah ..terutama pasukan pemanah yang telah meninggalkan kedudukan mereka tanpa mengendahkan arahan Rasul.Tentera musyrikin meleihatkan keadaan itu telah dengan segera mengambil alih kedudukan pasukan pemanah tersebut dan menyerang tentera Islam. Ramai yang telah terkorban.
Sunday, November 18, 2007
Friday, November 16, 2007
On the second day in Madinah, we had a tour in the morning. We went to Masjid Quba' which is the first mosque built by Rasulullah.We also went to Masjid Qiblatain, a dates (kurma) plantation and also the dates market.
We left Mekah at 2pm and arrived in Madinah nearllt at 9pm. After dinner, we hurried to the prophet's mosque (Masjid Nabawi) for jamak maghrib n isya' .The mosque was closed at 11 pm.
all the people from all four courners of the world..
bagaimana agaknya di padang mahsyar nanti?
Thursday, November 15, 2007
Wednesday, November 14, 2007
We finally arrived in Mekah at about 2 am saudi time. The view of the masjidil haram was so stunning.. and how happy we were knowing that the hotel was just about 100 metres from the mosque.. praises to Allah.
After all baggages have safely kept in respective rooms..we walked to the mosque to perform our first umrah. we went in through gate 62 which is called Bab al Umrah.. When we saw the Kaabah suddenlly there was silence. No one spoke a word as eyes was fix to the baitullah..saat itu juga hati bersyukur.. terima kasih tuhan..kerana sekali lagi memberi peluang hamba mu ini berdiri di depan baitullah..
When we completed all three rituals for umrah which were tawaf, saei and tahallul, it was already nearly 4 am but we went back to the hotel to freshen up before subuh prayer later, at 5.04am.We were exhausted but we won't missed the chance to perform jemaah prayer in front of the kaabah for anything.. the ustaz said performing solat in Masjidil Haram is 100 000 times better.. 100 000 kali lebih pahala.. woho who would want to miss that!
UMRAH RITUALS:
i. a tawaf, which consists of circling the Kaaba seven times in a counter-clockwise direction. Men are encouraged to do this three times at a hurried pace, followed by four times, more closely, at a leisurely pace.[1]
ii.Perform a sa'i, which means rapidly walking seven times back and forth between the hills of Safa and Marwah. This is a re-enactment of Hagar's frantic search for water, before the Zamzam Well was revealed to her by Allah.
iii.Perform a halq or taqsir, meaning a cutting of the hair. A taqsir is a partial shortening of the hair, whereas a halq is a complete shave of the head.
These rituals complete the Umrah, and the pilgrim can choose to go out of ihram. Although not a part of the ritual, most pilgrims drink water from the Well of Zamzam.
These rituals ritual acts symbolic of the lives of the prophet Abraham (Ibrahim) and his wife Hagar (Hajarah), and of solidarity with Muslims worldwide.
source : wikipedia :D
ihram:
The Ihram garments for men consists of two pieces of white sheet. Wrap the larger sheet around your waist to cover your body from the navel to the ankles. Secure the Ihram either with a belt or by a strip of fabric torn from Ihram material. Drape the other sheet over the back and shoulders and wear a pair of stitched or unstitched sandals or shoes which do not cover the ankles. The head should not be covered, and no underwear should be used. The Ihram should preferably be white.Women are allowed to make Ihram in any dress they wish which fulfills the Islamic conditions of public dress, regardless of the color. Women's hands and face should be uncovered in Ihram. Their heads should be covered.
a Muhrim (someone who is in state of Ihram) must observe certain obligations and prohibitions. These are:
- Keep your head uncovered at all times. Women should keep their heads covered
Tuesday, November 13, 2007
back home
When i opened my small office door this morning,i stepped on a few letters and memos.I received a course offer letter, another memo for a meeting an others. wahaha.and of course a bundle of files to settle by next week..isk..
I will try my best to write about my journey..slowly.. and with pictures too..ok?
I hope i still remember everything that the ustaz (our muttawif cum guide) told us ..the history.. the quranic verses and the hadis related to the place we visited..hopefully..i really want to share this with all..but in my own way -lah.. because i'm not that alim.. still learning and learning..:)
people say when we came back from The Haramain (2 tanah haram aka Mekah dan Madinah)..u will miss them..true.. the moment we were on the plane in Jeddah Airport..I was missing them already..still am..seperti wayang gambar ..setiap perkara masih terbayang di mata..silih berganti..
Being there..the feeling was overwhelming ..
bukan air mata sahaja yang mengalir..malah hati turut menangis..
malah mengenangnya sahaja terasa sebak..
Allahu Akbar Allahu Akbar Allahu Akbar
Friday, November 02, 2007
Awayy..
just wanna share something i read from the Net..
In Arabic the word `Umrah is derived from I`timar which means a visit.
However, `Umrah technically means
paying a visit to Ka`bah,
performing Tawaf [Circumambulation] around it,
walking between Safa and Marwah seven times.
A performer of `Umrah puts off his Ihram by having his hair shaved or cut.
source:www.al-islam.com
Kingdom of Saudi Arabia
Ministry of Islamic Affairs, Endowments, Da‘wah and Guidance
Thursday, November 01, 2007
macy grey n joe black
selalu petang-petang buleh dengar anak en.Amin (adik- bukan nama sebenar juga) memanggil-manggil si Oren yang memang berwarna celoreng-celoreng jinggapagi-pagi pun gitu...adik bagi kucing tu makan friskies barangkali .. letak dalam pinggan kat tepi pintu rumah.. sekali waktu pagi sebelum die pegi sekolah dan sekali waktu petang..
pernah pada suatu hari tidak lama dulu..aku kurang pasti tapi aku memang dengan tanpa hati perut menuduh kucing itu telah melepas di depan pagar rumah..dan tanpa aku sedari sewaktu pulang dari kerja aku telah memijaknya..dan terus masuk ke dalam kereta selepas membuka pintu pagar..arghhh berhari-hari semerbak di dalam kereta walaupun sudah dibasuh bersih.. dan berbulan-bulan juga aku tidak memakai selipar yang terkena itu..huhhsampai sekarang aku sensitif dengan bau itu..takde bau pun aku cakap ada bau..eheh..
memang aku suka suki menuduh kucing itu..walaupun mungkin kucing lain yg melepas.. arggh tak kira..hehe
pagi tadi..buka sahaja pintu rumah ..aku nampak die bermain-main dengan daun2 yang ditiup angin di depan pintu rumah.. adik aku cakap..oren tunggu nolee tuh..huhh..aku halau-halau dia..syuhh..syuhh.. takut masuk bawah kereta jer..aku nak keluar nih..bahaya..
hehe.. ntah kenapa aku boleh bercerita sal kucing itu pulak..deng..
dulu pun rumah aku ada kucing ..tak bela pun ..cuma kucing-kucing liar yang kebetulan selalu lepak kat pintu dapur.. ada macy grey(jantan-dah mati)..ada joe black (betina-dah pangkat moyang kot dengan kucing lain yang ada kat umah..asyik beranak sahaja..n hampir semua anak dia hitam..)ada si kembar ( 2 ekor..warna putih kelabu)..lupa dah nama.. anak macy and joe tapi aku tak tau dah derang pi mana.. sekarang nih ada sekor jer.. hitam.. and aku pun tak tau tuh joe black ke..atau cucu cicit die dah..haha
Monday, October 29, 2007
gile keje gile
dan akan pulang kembali ke sini malam esok..
keje gila?.. mungkin
adik aku ada kat umah aku kat bangi..
tapi aku balik kg..aku tinggalkan je dia kat umah
keje gila?..mungkin
aku baru cuti seminggu raya hari tu..
dan minggu depan aku akan cuti seminggu lagi..
keje gila?...mungkin
aku makan nasi jamuan raya pukul 12.30 tengahari..
pastuh aku amik adik aku pegilunch dan aku makan lagi..pukul 1.30 pm..
keje gile?..mungkin
ari sabtu lepas aku beli seluar hitam di carrefour midvalley..
semalam aku beli seluar lagi di jusco tmn ekuine..
keje gile?..mungkin
aku dah 4 tahun bergigi besi ..
dan mungkin tidak kisah setahun lagi..
keje gile?..mungkin
jumaat aritu aku lunch break di jusco ekuine seri kembangan..
dan kemudian aku bleh buat pit stop di bangi sebelum masuk opis..
keje gile?..mungkin
macam-macam keje gile aku boleh buat..tapi semua ada sebab-musabab
yang mungkin tidak relevan bg orang lain..
tapi penting bagi aku..aku memang suka buat keje gile..
janji bukan sampai gile..atau buat orang lain gile..sudahlah..
p.s: aku tak jadi pi kuantan sabtu aritu..so V4cS1 geng...amanah korang belum sampai kepada ifa..sorry~~~
Friday, October 26, 2007
hati mencerna
kadang-kadang susah dicerna hal-hal manusia..
sesuatu yang mungkin mudah dan ringan bagi kita mungkin berat dan susah bagi manusia lain..
sesuatu yang mungkin memudahkan dan menyenangkan kita mungkin tidak begitu indah bagi orang lain..
kadang-kadang kerana menjaga hati sendiri .. kita tersepak luka hati orang lain..kita ingat mereka sudah lupa.. sedangkan parut yang tinggal mungkin semakin dalam..
kita boleh buat-buat lupa sebab menjaga hati orang lain.. tapi takkan lupa kerna yang luka hati sendiri..dan orang lain takkan pernah mengerti..
kita bukan hidup seorang diri..kita hidup ramai-ramai..kita takkan boleh hidup seorang..kita perlukan orang sekeliling..walau macam mana menyakitkan orang ramai itu..mereka tetap ada dikeliling2 kita..
aku..aku tanak meluka hati yang ramai..sebab aku tak tau luka nya di mana..nanti susah..MAcam mana aku nak bagi ubat kalu tak tau apa sakit
tapi aku tahan luka hati sendiri..sebab aku tahu nak ubatkan.. ye laa..hati aku..pandailaa aku..biar masa berlalu dan berdarah laju..satu hari mesti hilang luka itu..dan dengan bangganya.. aku hitung parut itu..kerna orang yang melukakan aku telah kalah..sebab aku telah sembuh..
MUAHAHAHAHA
:P
buatlaa lagi~~ingat aku heran??
hpphhh :P
kubur kita lain-lain..
MUAHAHAHAHA
ingat senang ke aku nak sakit hati..
MUAHAHAHAHA
silap-silap orang tu yang luka sendiri..
MUAHAHAHAHA
*pagi-pagi aku dah merapu.. ps: tidak berkaitan dengan yang hidup mahupun yang mati..hanya berkaitan aku.. tapi kalu terasa bukan salah aku..sebab bukan tentang sesape pun..yang nak terasa tu pehal.. :D *peace
apsal arini aku terasa evil.. duhh
Thursday, October 25, 2007
dugaan kecil
iryani kat UK pun sama?.. isk..isk..
Saya mula terasa seram sejuk hari rabu selepas raya.. hari saya sepatutnya pulang ke KL malam itu..
sempat lagi pegi beraya rumah Che Ning (adik mama) tapi saya tak pakai baju raya pun..tak kuasa.. selamba sarung jeans n baju tshirt yg dh lama..teruk gile kalu dipikirkan..
Sampai jer umah che ning saya terjelepuk di sofa..buruk perangai betul kan?..che ning nak buat air sejuk..saya boleh dengan sedihnyer request air kosong..last2 che ning buat teh panas untuk semua orang..
malam tu saya dan adik sampai di LCCT pukul 11.30pm..slightly delayed..sampai di KLIA plak dah tengah malam..ingatkan nak amik ERL ..sekali train bergerak kul 1 pagi..gile ape sy nak tunggu satu jam..last2..naik cab terus sampai umah..nasib baik dengan menni..kalu sorang..haru..
esok pagi2 lagi saya tumpang sy*kin pi amik kete kat opis..sekali lagi saya heret menni sekali.. dengan muka tak malu dan mandi ala-ala kadar nyer kiterang pi amik kete..pastuh pi stesen minyak ..isi minyak..amik duit..pam tayar..
pastuh singgah kedai ..bekpes..hahaha..tak malu betul..muka mandi kerbau
nak wat cemana dua-dua demam dan batuk dengan hebatnya..mau nak mandi beria-ria pagi-pagi buta..
sampai umah..sekali lagi saya pengsan..badan memang panas..tapi saya berbungkus sakan dengan comforter..
kesian menni..esoknye dia exam..
petang tuh saya gagahkan juga drive hantar menni balik kampus..on the way balik ingat nak singgah klinik..tapi klinik tu tutup..nasib baik saya masih lagi cuti hari jumaat itu..
maka bermula laa episod tidur -bangun makan roti sekeping-tidur lagi..selama 3 hari.. lemah betul rasa..tak pernah demam sebegini..
selalu sy malas nak pegi klinik kalu demam tapi kali ni sy tak sabar2 tunggu klinik tuh bukak..
silap2 arituh nak mintak masuk hospital lagi.. sib baik tak call ambulans
setelah 2 kali tukar ubat.. dan sekali lagi mc pada hari isnin..the nxt day.. selasa tuh.. sib baik boleh bangun pagi ..dan sy masuk opis ... alhamdulillah getting better walaupun masih belum sihat sepenuhnya..
sekurang-kurangnya dh ada selera nak makan. :D
semalam telefon rumah kunun nak mengadu..but my parents takde.. in Sabah rupanya till weekend.. mengadu to my elder bro..die bleh gelakkan sy..
die cakap macam budak kecik.... huhh.. tu yang malas nak mengadu tuh..
arghh..batuk ku datang lagi..dah laa ofis nih sejuk.. naik semput dah ..
sib baik keje tak banyak..
kata menni ..kawan dia sms a comforting mgs saying that all the illnesses and sickness tuh.. untuk menghapuskan dosa2 kecik..yang kita buat...lebih kurang gitulaa..tak ingat ayat betul die..
kalu betul..alhamdulillah..tapi kene byk bersabar laa kan?
chiows
Wednesday, October 24, 2007
Wednesday, October 17, 2007
Tuesday, October 16, 2007
Wednesday, October 10, 2007
Selamat Hari Raya
Monday, October 08, 2007
AMBANG SYAWAL

Hari ini sudah 26 Ramadhan..
I will start my Raya leave tomorrow..yehuu
I've attended a few iftar organize by several people..
iftar has always means get together either among friends or family
the ministry iftar with the prime minister
on duty being the LO for the VVIPs..so not much to be said..
Luckily the Datin that i was assigned to didn't come..but still need to stand by for tugas-tugas lain..
iftar with primary school's friends has always been a blast..
apelagi kalu sudah ada yg tidak bersua sejak darjah 3.. bila jupe manakan tidak jadi gila2..
tapi macam malu-malu ja..hehe can view pics at ajah's
as usual fawa organized UTPJan2000 iftar..n this year at chicken HArts in Times square
can view the pics HERE..thanks to topeks.. whom i heard sedang berjinak-jinak dengan dunia fotografi..
sapa ada projek..bole cari dia..
other iftars..either accompanied by pirate..or sister ,hosmets or ofismate..or at my aunties..
thanx guys!!
esok balik kampung!!
ooo ooo balik kampung.~~
Wednesday, October 03, 2007
hari ini..
arghh..lega rasa..semua fail yang urgent untuk tarikh2 cuti raya telah disiapkan..
hari ini baru rasa tenang.. 2 hari kepala berdenyut..
namun gagahkan jua sebab nak siapkan semua keje yg due date tarikh bercuti raya..
dahlaa due raya..yang berat2 plak tuh..memerlukan ketelitiaan dan penganalisaan yang lebih serius dan terperinci..
yang mana amat sukar untuk dilakukan apabila kepala kita sedang berdenyut-denyut.
ditambah pula dengan pendingin hawa yang "full blast" menggigit tulang-tulang sendi rasanya..
(i think i got migraine lah ..ergghh.. habislah..)
hari ini baru terperasan dengan lagu-lagu raya yang berkumandang..
isk-isk punya laa berkurung di bilik kecil ku ini...
diorang kat luar dah lama duk pasang lagu raya..
hari ini juga berjaya menyiapkan borang kebenaran ke luar negara..
dah submit kepada ketua jabatan dan insyaAllah by esok boleh submit kepada KSU..
harap bleh setel cepat2 malas nak pening-pening kepala..
mana aku mau pegi..?..
tunggu..
hari ini..apa lagi akan berlaku hari ini?.. akan disambung kemudian..

















