Monday, March 26, 2012

Sabar Mummy!

Alhamdulillah. Irfan tidak demam lagi. Beberapa hari ini, perubahan perangai Irfan menguji kesabaran mummy dia. Bukan nya dia tidak mendengar kata atau nakal. Cumanya tidak boleh berenggang. Hendak ke dapur diheret mummy. Nak naik atas diheret mummy. Pastu nak turun heret mummy lagi. Kalau malam hendak berdukung sampai terlelap. Bila cuba diletak atas tilam atau katil terus terjaga minta didukung lagi. Tidak mahu pula tu dengan daddy atau kakak nannynya.
Penat. Lagi pula pada hari-hari daddy outstation. Irfan bangun lagi di tengah malam (awal pagi sebenarnya) hendak turun ke tingkat bawah. Sampai di bawah tidur di atas dukung. Cuba diletak atas tilam, nangis kemudian mahu ke atas lagi. Ulang alik 2-3 kali mummy naik geram. Dipukul manja pampers Irfan. Menangis makin kuat sampai teresak-esak. Aduh. Last sekali dipujuk lagi tidur di katil. Alhamdulillah tertidur dia.
Melihat wajah dia tidur dengan airmata di hujung mata, mummy jadi sedih. Dalam hati mummy meminta maaf kerana tidak tahan dengan keletihan sendiri. Sakit pinggang dan belakang mendukung Irfan turun naik tangga. Menangis mengingatkan kenapalah mummy berasa geram.  Menyesal kenapa mummy berperasaan sedemikian.
Semalam ada bintik merah melepuh di tangan dan kaki Irfan. HFMD kah? Aduh.. Irfan tidak ke tadika atau nursery. Dari mana pula berjangkit ni? Dari klinik barangkali. Hari tu masa ke klinik paed penuh dengan orang. Heish. Atau pun dari mana-mana shopping mall. Mungkin ada ibu bapa yang tak faham bila kena HFMD anak kena kuarantin jangan di bawa keluar. Ish ish.
Irfan aktif macam biasa dengan senyuman manis dia despite all the drama. Benar dia suka drama air mata sekarang ini. TIdak dapat kemahuannya mula lah drama. Huhu Pre- Terrible Two barangkali. Tidak sampai sebulan akan masuk 2 tahun.

"Irfan nak membesar.Sabar ye Mummy. " pesan daddy

Thursday, March 22, 2012

Feverish Irfan

Rasanya mahu menulis dalam bahasa melayu. Melayu yang betul. Mampukah? huhu

Semalam Irfan demam lagi. Sebelum aku ke tempat kerja, badan Irfan agak panas. Lalu Daddynya mengambil cuti. Mahu bawa Irfan ke klinik. Aku tidak mampu bercuti lagi. Sudah bercuti 5 hari minggu sudah.

Petang habis waktu pejabat, Irfan dan daddynya datang menjemput. Belum sempat sampai ke rumah Irfan muntah dalam kereta. habis baju kami berdua. Malam itu Irfan terus merengek-rengek. Panas sungguh badannya. Dilap-lap dengan kain basah. Marah dia. Rimas agaknya badan basah-basah. Disuruh aku dukung naik ke tingkat atas. masuk ke bilik . tak sampai 5 minit, diajak turun ke bawah lagi. kemudian ke atas lagi. kemudian ke bawah lagi dan atas lagi dan lagi .Gitulah lebih kurang 10 kali.naik turun.Weight lifting. I should have loss a few kilos. hehe

Sampailah daddynya mengeluarkan fon dan dipasang game Angry bird. Terus diam baring bermain. Tapi kemudian aku yang dipaksa main. akhirnya sampailah tertidur. huhu

Alhamdulillah pagi ini dia bangun tersenyum-senyum. Bayangkan semalam tidur tanpa berbaju. senang untuk aku lap badan dan supaya panasnya cepat hilang. Badan sudah tidak panas lagi. Alhamdullilah.

Aku nervous kalau Irfan demam . panas.