Yesterday was one of the happiest day...although I was exhausted until today. Why? I got to spent the whole day with my family..
Saya tidak tahu mengapa tapi weekend lalu, saya begitu penat terasa. Mungkin kelesuan tidak mampu tidur lena and nervous apabila anakanda kesayangan demam. Sungguh saya amat nervous bila dia demam. Risau his fit berulang lagi. Sabtu dan ahad saya akan tertidur apabila Irfan tidur. Owh saya tidak sampai hati mahu tidur jika Irfan hendak bermain-main terutama hari minggu. Bersalah rasanya. Sudahlah hari kerja ditinggalkan dengan pembantu. Hari minggu biarlah Irfan dengan saya. Sebab itu saya minta maaf kalau ada undangan gathering2 atau sewaktu dengannya yang saya tidak mampu penuhi.
Saya memang kalah dengan budak kecik itu. Tidak sampai hati tidak memenuhi kemahuannya. Alah ..apa sangat pun yang dia mahu. Bukan mainan mahal pun. Kadang-kadang main baling bantal masuk bakul kain pun dia dah seronok tak ingat. Yang penting presence. Adanya kita disitu.
Oh sabtu ahad hari tu banyak ketiduran dan bermain di rumah. But on on Monday morning, suddenly Irfan’s daddy ajak jalan-jalan. Pegi kuala langat, morib katanya. Owh saya seronok. Harapnya hari tidak hujan. Sudah lama saya ingin membawa Irfan berjalan-jalan at a place where he can run around freely and play.
Dah sampai pantai morib, ramai rupanya duk berkelah. Ada main lelayang, ada buat barbeque macam-macamlah. Seronok juga, We found a spot and ate our breakfast. Irfan sibuk nak berkawan . pantang ada budak-budak lalu dia nak ikut. Last-last kesian tgk irfan duk usha bebudak main layang-layang , daddy beli satu. Tapi daddy yang main bukan Irfan pun hahaha. Dah menginjak tengahari Irfan dan mula ngantuk .. time tidur.. so ingat nak balik after singgah lunch kat Pak Li’s. Sekali nampak signboard “ tempat bersejarah Jugra. “
Saya tanya “ apa sejarah jugra? “
Daddy cakap” jom kita tgk” dan terus melencong ke jugra. Kami panjat bukit jugra dengan DAV itu. Ada tempat tgk anak bulan, ada kuburan Cina dan tempat orang paragliding.
(eh orang paragliding tu mendarat kat mana ek? )