Wednesday, September 28, 2011

Pantun Mana hilangnya?

Dulu masa sekolah-sekolah, kita selalu didedahkan dengan pantun, seloka, gurindam jiwa.
Semua yang indah-indah belaka. Dengan bahasa penuh santun. Walau berkias namun mudah difahami.

Kemudian tiba di zaman era chatting mula menjadi kegilaan anak muda, Saya berkenalan dengan sekumpulan anak muda perasan panglima hang tuah bersaudara. Tapi yang rajin melayan saya dan sahabat saya si brutal ( tak brutal pun, ayu habis orangnya)  seorang sahaja, si banji. Macam-macam drama bangsawan dekat chatroom sampailah dia membuka pantun untuk dijual. Jadilah juga acara berpantun-pantun. Kagum juga dengan dia.

Sekarang ini di era facebook and twitter, masihkah ada mereka yang sudi berpantun? Belum pernah rasanya melihat ada kalangan rakan-rakan meletakkan pantun di wallpost FB atau tweet satu dua pantun.

Sudahla semua ingin berbahasa inggeris , kemudian segala perkara pula ingin dipendek singkatkan.
Cepat dan mudah katanya. kata saya.

tetapi
Tidakkah hilang asli dan keindahannya?  

No comments: