Yesterday was one of the happiest day...although I was exhausted until today. Why? I got to spent the whole day with my family..
Saya tidak tahu mengapa tapi weekend lalu, saya begitu penat terasa. Mungkin kelesuan tidak mampu tidur lena and nervous apabila anakanda kesayangan demam. Sungguh saya amat nervous bila dia demam. Risau his fit berulang lagi. Sabtu dan ahad saya akan tertidur apabila Irfan tidur. Owh saya tidak sampai hati mahu tidur jika Irfan hendak bermain-main terutama hari minggu. Bersalah rasanya. Sudahlah hari kerja ditinggalkan dengan pembantu. Hari minggu biarlah Irfan dengan saya. Sebab itu saya minta maaf kalau ada undangan gathering2 atau sewaktu dengannya yang saya tidak mampu penuhi.
Saya memang kalah dengan budak kecik itu. Tidak sampai hati tidak memenuhi kemahuannya. Alah ..apa sangat pun yang dia mahu. Bukan mainan mahal pun. Kadang-kadang main baling bantal masuk bakul kain pun dia dah seronok tak ingat. Yang penting presence. Adanya kita disitu.
Oh sabtu ahad hari tu banyak ketiduran dan bermain di rumah. But on on Monday morning, suddenly Irfan’s daddy ajak jalan-jalan. Pegi kuala langat, morib katanya. Owh saya seronok. Harapnya hari tidak hujan. Sudah lama saya ingin membawa Irfan berjalan-jalan at a place where he can run around freely and play.
Dah sampai pantai morib, ramai rupanya duk berkelah. Ada main lelayang, ada buat barbeque macam-macamlah. Seronok juga, We found a spot and ate our breakfast. Irfan sibuk nak berkawan . pantang ada budak-budak lalu dia nak ikut. Last-last kesian tgk irfan duk usha bebudak main layang-layang , daddy beli satu. Tapi daddy yang main bukan Irfan pun hahaha. Dah menginjak tengahari Irfan dan mula ngantuk .. time tidur.. so ingat nak balik after singgah lunch kat Pak Li’s. Sekali nampak signboard “ tempat bersejarah Jugra. “
Saya tanya “ apa sejarah jugra? “
Daddy cakap” jom kita tgk” dan terus melencong ke jugra. Kami panjat bukit jugra dengan DAV itu. Ada tempat tgk anak bulan, ada kuburan Cina dan tempat orang paragliding.
(eh orang paragliding tu mendarat kat mana ek? )
Sempat juga berenti sekejap amik gambar tapi ngan hp jer lah sebab kamera tinggal. Turun dari bukit tu ada makam sultan abdul samad. Itu jerlah tak larat nak explore lagi sebab dah lapar dan penat. Kami isi perut di Pak Li’s dan terus balik since Irfan dah nak mengamuk sebab ngantuk. Tapi sempat lagi singgah beli cempedak tepi jalan. Huhu
Malam itu saya masak steamed chicken rice. Siap tampal resepi kat dinding oo. Haha puas hati. lama tak masak beria begini.Seronok. Walaupun penat jalan-jalan, petang tu gagah juga pegi pasar beli ayam huhu..
There a day that i simply love. Lain kali jalan lagi daddy yer
something from ms Wiki
Jugra terletak di daerah Kuala Langat, Selangor, Malaysia. Antara lokasi berhampiran ialah Pulau Carey, Kampung Chodoi, Banting, Jenjarom dan Sungai Buaya dan Bandar. Jugra menghadap ke Selat Melaka dan berdekatan muara Sungai Langat. Jugra meliputi kawasan Bukit Jugra, pantai Kelanang, Kampung Sungai Arak dan Kampung Chodoi.
Pada zaman pemerintahan Sultan Abdul Samad yang memerintah negeri Selangor dari tahun 1859-1898 Bukit Jugra telah dijadikan tempat bersemayam Sultan Selangor. Rumah api Bukit Jugra dibina di puncak Bukit Jugra. Sampan, perahu dan tongkang yang membawa bijih timah dari Kajang, Balakong, Hulu Langat, Semenyih dan lain-lain dibawa keluar melalui Sungai Langat dan membayar cukai di Jugra.
Bukit Jugra merupakan tempat strategik kerana berhampiran dengan laut, menghadap perairan Selat Melaka dan ingin dimajukan sebagai kota maritim. Bukit Jugra berasal dari sebuah perkampungan kecil Melayu yang bernama Tanjung Kera. Terdapat banyak kera di sini iaitu dari jenis primate hutan pantai. Kera tidak begitu sesuai dengan status baru kawasan istana lalu ditukar nama kepada Bandar Temasya.
Bukit Jugra ada 3 punca bukit yang menempatkan:
- Makam-makan diraja
- Bangunan lama untuk para pembesar dan kerabat diraja
- Rumah api Bukit Jugra setinggi 146 meter dibina pada 1976 dan ditadbir oleh Jabatan Marin Malaysia.[1]
- 1976 pembinaan istana oleh Sultan Abdul Samad
- 1898 Istana Jugra menjadi tempat pertabalan Sultan Selangor ke-5 iaitu Sultan Alauddin Sulaiman Shah.
No comments:
Post a Comment