Semalam saya menerima laporan kajian kepuasan pelanggan. Mengukur kepuashatian pelanggan ke atas perkhidmatan yang telah kami berikan. Alhamdulillah, kami mencapai tahap yang baik walaupun tidak cemerlang. Tidak mengapa masih ada ruang dan peluang meningkatkan kualiti perkhidmatan. Tapi adalah perkara biasa dengan hati manusia ini, amat susah untuk ditilik. Hari ini begini , esok mungkin lain pula. Yang penting kita sudah berbuat sehabis daya.
Diselitkan dengan laporan itu, beberapa pamphlet (melayu panggil apa? Huhu .. fail) untuk rujukan. Berkenaan Peribadi Kelas Pertama, Perkhidmatan telefon kelas pertama dan perkhidmatan kanter kelas pertama. Segala kelas pertamalah.
Antara ciri-ciri utama Peribadi kelas pertama
-pantas dan positif
-empati
-Relevan
-Daya saing
-Amanah, adil dan integriti
-Nilai tambah dan kelainan
-Arif dan berilmu
Banyak juga yang dikongsikan dalam pamphlet-pamplet itu, aspek-aspek yang perlu diberikan penekanan dalam memastikan kami menjadi kelas pertama . huhu semangat.
I wish I am in HR. I think I can contribute more. Perasan
2 comments:
pamphlet = risalah :)
terima kasih mr ein.
Post a Comment