Tuesday, January 30, 2007

Bila aku memikirkan surat itu..

setahun berlalu..
aku semakin mengerti..
disebalik realiti perjuangan ini

siapa kata boleh balik sharp at 5?
siapa kata boleh lepak minum kopi goyang kaki?

anda nampak dia baca suratkhabar berjam-jam..
tapi anda tak nampak dahi yang berkerut-kerut memikirkan penyelesaian ..
aduan orang ramai..luahan orang ramai di dalam suratkhabar itu

anda nampak dia asyik minum kopi..
tapi ada anda tanya berapa jam sahaja dia tidur semalam..
menyiapkan kertas kerja ..
atau sememangnya tidak dapat tidur memikirkan pelbagai hal..

mampukah anda untuk tidur ..
apabila memikirkan haluan hidup seorang manusia di tangan anda?
mampukah anda untuk melelapkan mata..
apabila sedar impak keputusan anda terhadap masa depan seorang manusia?
masa depan bangsa? masa depan negara?
mampukah anda untuk merehatkan diri ..
apabila menggalas beban tanggungjawab yg berat..?


belum lagi memikirkan perjanjian anda dengan tuhan..
perjanjian anda atas nama tuhan..

lelah?..memang kekadang payah..

mungkin ada di sesetengah tempat ..di sesetengah jawatan..
anda boleh bersenang lenang..

namun ada yang bersusah payah..bertungkus lumus..
berjaga malam.. working long hours..
memastikan khidmat pelanggan terbaik..

ada yang dalam seminggu hanya sehari di rumah..
dalam sehari hanya beberapa jam sahaja dirumah..

ya..mungkin ada yang sambil lewa..
ada yang terlepas pandang..
ada yang tersilap langkah..

dalam berhati-hati..
kekadang ada batu di jalanan..

mereka manusia ..
anda manusia..
tiada manusia sempurna..
dan sememangnya manusia tidak pernah puas dengan apa yang ada..
sentiasa mengharapkan yang lebih baik..
maka kita sentiasa berusaha

tapi kita saling bergantung harap..
kita saling memerlukan..

jika anda sampan ..dia dayungnya..
jika anda lelayang..dia talinya..
jangan sampai hanyut..terbang ..

kenapa tidak kita saling menyokong..
supaya kita sama teguh..
supaya tiada angin yg mampu menggoncang..
akar kukuh kesatuan ini.


urs truly berterima kasih kepada semua yang telah berjasa kepadanya,
bangsa dan negara..
dulu, kini dan akan datang..
juga syukur pada tuhan atas nafas yg duhirup dan rezeki yang dilimpahkan..
:D

4 comments:

Anonymous said...

stumbled upon your page. the element in our entries for today is very similar :) apa semalam dapat mimpi sesama ke? ehehe...

nolee said...

halo zaha ..stumbled upon eh?..haha
mungkin ..mimmpi sama..
mungkin apa yg aku fikir sama yg ko pikiaq..
nasib ler labu..
haha..
:P

Wan Amira said...

yeah, its true, i understand some of u work really hard and committed.. so bile ko nak suruh ain post nyer?

aincomel said...

post apenyer mira?