Wednesday, December 03, 2008

DIVISION'S TEAM BUILDING 2008 - LANGKAWI

Hujung minggu lepas, bahagian kami telah mengadakan aktiviti Team Building di Langkawi. Saya dan beberapa orang telah berangkat lambat sedikit daripada orang-orang lain memandangkan pejabat masih lagi perlu dibuka pada hari Jumaat tersebut. Alkisahnya siapa yang datang lambat ...tiada kumpulannya maka kami terpaksa mempromosi diri sendiri untuk mendapat bidaan daripada kumpulan-kumpulan yang berminat..ehehe

lelong..lelong..

Malam selepas lelongan hanya sesi ceramah biasa oleh Hj Hushim..alaa penceramah yang selalu sesi motivasi kat TV3 tu. Esok paginya ..sesi pertandingan menembak ..dan kami semua mendapat bimbingan pasukan Komando 69. Kami diberi 10 bullets dan saya dapat 50 markah.. 4 di kawasan hitam dan 2 lagi bullet hilang..tersasar kot.



Dah penat menembak, kami ke Beringin Beach Resort untuk sesi aktiviti kumpulan di pantai..macam-macam..gelak tak ingat..Owh game di atas kami diikat sesama ahli kumpulan dan benang tersebut tidak boleh putus (yang dibulatkan 2 kat gambar tuh..benang tu la) ..kemudian kami kena merentasi halangan dengan membawa belon berisi air di atas kerusi..siap ada pengacau cuba pecahkan belon lagi. Game kat bawah ni pulak macam main o- som.. tapi ada 3 peranan je.(hakim, pemburu dan harimau) aummm.

Malam itu pula macam biasa aktiviti dinner dan karaoke.. tapi sayang tak tau macam mana pengurusan acara ini..tempat itu punya lah golap..romantik kununn..hahaha owh di pantai yang sama petang tuh.. meraba-raba nak makan.. sound sistem pun hmmm...pilihan lagu pun ciput.. hehehe...




Penat betul..pastu pagi-pagi ahad ..bangun awal sebab nak rush for last minute shopping.. and memang rushing giler..berjaya shopping coklat dalam masa 10 minit sebab kena kejar flight balik pulak.. wuhuhu.. Balik-balik ..ada orang dah tinted baru keretanya plus new woofer (betul ke eja nih..pirate?) hehe

and now we are one big united team

No comments: