Wednesday, August 08, 2007

ada orang marah pagi ni..bukan marah saya..
tapi marah bos dia..tapi dia cakap kat saya ..:D

"jangan marah nanti kena jual.." kata P ramlee dalam 3 Abdul..

kadang-kadang ada saja orang-orang yang memang menguji kesabaran betul..
i wrote a few post waktu tengah marah di blog ini..
marah fasal trafik..fasal orang2 yang memang menganggu ketenteraman.. hehe
panas telinga.. merah muka..sesak dada..bila marah..tapi tak boleh nak dilepaskan..betul?

Diriwayat daripada Abu Hurairah r.a. bahawa seorang lelaki meminta nasihat daripada Nabi s.a.w.
katanya, "Berilah wasiat kepadaku." Sabda s.a.w ,'“Janganlah engkau marah.”
Lelaki itu mengulangi (permintaannya) beberapa kali. Rasulullah s.a.w. tetap bersabda, "Janganlah engkau marah." (Hadis Riwayat al-Bukhari)

memanglah marah itu sifat manusia..dah semulajadi..macam juga sedih..gembira..
tapi spesifik nasihat nabi.. jangan cepat marah..
kenapa?.. kerana orang yang marah akan hilang kewarasannya..maka mudah terkena hasutan syaitan..
Banyak yang buruk akibatnya jika marah.. bukan setakat bermasam muka..malah putus saudara..

apa nak buat bila marah ye?.
tahan dan kawallah diri seketika..tarik nafas dalam-dalam..
jangan cepat melenting..maafkan dahulu orang itu.. mungkin dia tidak tahu.. mungkin dia tidak sengaja..
firman Allah S.W.T: "…Dan orang yang menahan kemarahan-nya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah) Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik."
(Ali Imran3-134)

berdoalah di dalam hati semoga dijauhkan daripada hasutan syaitan dan tinggalkan lah tempat itu..
Sabda Baginda: "Apabila seseorang kamu marah, sedang dia berdiri, maka duduklah,
jika marahnya berhenti (maka baiklah) jika belum, maka hendaklah dia berbaring."
(Abu Daud)

basuh muka..atau berwuduklah.. sabda Nabi s.a.w.: "Sesungguhnya marah itu dari syaitan. Syaitan itu dijadikan daripada api,apabila kamu marah,maka hendaklah dia mengambil wuduk." (Abu Daud)

hehe..saya olah semula semua tips ini dari internet...jika ada salah tolong betulkan..
atau anda ada petua-petua lain..
atau teknik tersendiri anda mengawal kemarahan ..? sharing is caring! kata seseorang di PTD Portal..hehe

ingat.. bukan kekuatan badan yang menjadikan kita seorang yang gagah..
tetapi kekuatan kita mengawal diri..
kerana nabi pernah bersabda:
"Bukannya kuat (kerana dapat mengalahkan orang) dengan bergusti,
tetapi kekuatan sebenarnya ialah orang yang dapat mengawal dirinya ketika marah."
(Al-Tirmizi)

8 comments:

Pirates@KSM said...

terima kasih. saya dah tak marah dah... :)

Wan Amira said...

aku sekarang pun hati tengah panas :D.. tapi nasib baik laa kite ni orang islam, macam mane at least dapat jugak aku lepas kan geram kat blog aku. hehe

Anonymous said...

jangan marah nnt cepat tua! ^_^ elo nolee, just drop by to tanye kabar berite...

nolee said...

chaney: welkam

mira: hati panas ke mira.. minum air banyak2 kasi sejuk.. sib baik ada blog kan?..

dikaz: haloo..yerp..bila marah krut2 muka..nanti kedut..so cepat tua..hehe i believe u r my old friend.. tapi siapa ye?.. //me susah ingat nick org.

Anonymous said...

salam nolee.... pekaba?

just nak share.. kata org marahkan org ni mcm ludah, sekali ludah.. tak banyak org yg nak jilat balik :)

Anonymous said...

hehhehe....ika la nolee ^_^ budak hok kecik2 tu...naimian lar :p weh, aku raso ado pinje novel mu la dulu, tok ata pah loni... hehehe...kalu tok silap aku la ;)

nolee said...

banji:
yerp..jilat balik mmg tak mungkin..takut je meludah ke langit jatuh ke muka sendiri.. :)

dikazz:
i thought i saw ur nick somewhere..hehe haloo ika..after utm hang pi mana..??pinje novel aku?..novel mana laa plok..takpolah ..amik jer laah..buat kenang-kenangan :D

Anonymous said...

hehhe...nolee..betul ko mu ingat ika ni? ko mu tukar with wanie sbb dio pun kecik2 jugok! aku MMU la buke UTM! ^_^ iisshhh...gi la tgk gambar aku kalu susoh2 nok ingat gok! -->> http://dikazzz.multiply.com/