Tuesday, February 20, 2007

MINAH FEELs STUPID..

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya. "
-Surah Al-Baqarah ayat 286

Di sini ada cerita..
Pada suatu hari minah telah pergi berjumpa dukun yang hampir setahun tidak ditemui.Walaupun sebenarnya minah patut berjumpa dengan dukun tersebut awal tahun lepas untuk rawatannya namun atas sebab2 yang tidak dapat dielakkan minah tidak dapat berjumpa dengan dukun.

jadi apabila dukun nampak minah kali ini dia amat terkejut..kecewa mungkin..dan marah.. dukun bercakap dalam bahasa inggeris..dan minah tahu..kalau dukun sudah bercakap dalam bahasa itu maka ternyata dukun amat marah..apa boleh dibuat..minah senyum aja..

dukun cakap kalau ikutkan..rawatan minah sudah boleh ditamatkan tahun lepas tapi sebab minah engkar perintah..tidak berjumpa dukun..maka rawatan telah tergendala..

minah tidak tahu rawatannya sudah peringkat akhir ..kalau tidak..walau lautan api sekali pun perlu diredah..mesti dia pulang bertemu dukun..semata-mata untuk sembuh dan menamatkan rawatannya..teruk minah dimarahi dukun..

tapi bukan kena marah yang buat minah kecewa..
bukan leter dukun yang buat minah sedih..
tapi minah..kesilapan minah..ketidakprihatinan minah..

silapnya percaturan yang membuatkan minah telah membazir setahun dalam usianya..sekarang rawatan terpaksa dibuat semula..harapnya tidak lama..kerana beban tanggungjawab membuatkan minah tidak dapat bertemu dukun selalu..

maka minah harap rawatannya dapat ditamatkan secepat mungkin..
minah minta tuhan sembuhkannya secepat mungkin..
buat pertama kalinya minah terasa amat kecewa dengan diri sendiri..

urs truly merasakan kecewa dengan diri sendiri lebih memedihkan daripada kecewa dengan orang lain.

ada seseorang berpesan:
" Tunjangkan resah mu di dada solat,
Himpunkan peritmu digenggaman doa,
Tutupi kekecewaan dgn taqwa,
Dan nilailah kesucian dirimu melalui keikhlasan hati".

2 comments:

Farah Wahidda said...

nape semua blog skrang, ayat2 nye pasrah je? hehe..
tp bagus gak, utk kesedaran...

Anonymous said...

nolee,aku kat sini rasa cam tahu je kisah di sebalik minah feels stupid tu..anyway better late than never, and luckily the minah still got chance to make things up!hopefully things'll get better for the minah.