Monday, February 12, 2007

Le tour de Langkawi

NO.. aku bukan nak cerita pasal lumba basikal keliling Malaysia yang berakhir di Dataran Merdeka semalam ..tapi cerita aku jalan-jalan ke Langkawi hujung minggu baru-baru ini..
seronok sangat walaupun kalau hendak dikira lebih sikit 48 jam sahaja aku di Pulau itu..

Pulau yang penuh lagenda..cerita dongeng..mitos.. tersendiri..
kadang-kadang terbuai juga mendengar cerita-cerita yang mungkin separuh benar .. dan separuh penambah perisa itu..
cerita lagenda Mahsuri yang menurut kerajaan negeri Kedah benar-benar wujud cuma peristiwa darah berwarna putih itu hanya Tuhan yang tahu..
cerita puteri kayangan atau puteri Siam kematian anak di Tasik Dayang Bunting..
cerita Mat Jinjang dan Mat Raya yang bergaduh ketika kenduri..dan kemudian disumpah menjadi 2 gunung yang tinggi di Langkawimacam-macam cerita..
sometimes it was too good to be true tapi itu jugalah yang menarik di Langkawi selain dari status bebas cukai..

mungkinkah sumpahan Mahsuri benar berlaku dan berakhir..?
seperti mana sumpahan Sultan Mahmud kepada keturunan Bentan di Johor..
atau sumpahan janji Pak Kadok pada ikan tapah..?
apa ini semua benar?
namun yang pasti itulah cerita-cerita melayu warisan.. sejarah.. tinggalan.. Melayu
aiseh..patriotik terasa....

"Harapan hamba sejarah akan dibaca.
Sejarah akan mengajar.Dan anak muda akan belajar."
Quote this from novel 1515 karya Feisal Tehrani

peluang mengikuti rombongan ini amat aku hargai..manakan tidak ..F.O.C..
thanks to a friend coz out of many friends she asked me..so thanks alot..
lain hari kita ajak kawan-kawan lain pulak.. dapat satu geng pi..pastu tour pulau dengan bot laju melompat-lompat macam kuda tuh..mesti seronok..
langsung tidak perlu memikirkan hal kerja..hehe
eh melalut lak..

ingat nak cerita detail..tapi cam malas pulak..so kita wat segment by segment ya..

No comments: