Friday, October 10, 2008

Bayarlah zakat

haa..nak dijadikan cerita tahun ini adalah tahun pertama saya membayar zakat fitrah sendiri. Sebelum ni macam biasa tajaan... ayahanda yang bayarkan.

Mula-mula tu duk tengok kaunter-kaunter zakat kat shopping kompleks. Kat jusco Balakong ada..kat alamanda pun ada.. hmm boleh bayar kat sini..tapi lepas sehari ke sehari aku bertangguh..
biasalah..i can ratu tangguh.

Then pikir2 takpelah bayar kat surau opis..hari tu ada tgk poster kat papan kenyataan di ruang lif.ada kutipan setiap kali selepas solat zuhur dan asar.tapi tuan-tuan maklumlah..saya ini amat 'rajin' ke surau. jadinya tak jadi-jadi.. Sementelah ada pulak yang memberi komen.."Bayar kat kampung laa.. Kat kampung lagi ramai yang memerlukan zakat tu.Kat bandar nih dah tak tau nak bagi kat sapa" Aku pikir-pikir..alahh ramai jer orang miskin kat bandar nih.

tau-tau saya sudah pulang ke kampung.. ayahanda dah banyak kali tanya..dah bayar belum dah bayar belum..so saya pikir..nanti kirimkan jer lah kat Sepu (adik gua la) pi bayar.cam seganlak nak pi jumpa pak imam. Pastu dalam satu kejadian makan-makan buka puasa tuh..kekanda pulak buka cerita yang dia pun tak bayar lagi. oleh itu memandangkan kekanda bekerja di MAjlis Agama Islam Kelantan .niat di hati boleh lah diwakilkan pada dia untuk membayar. Awatlaa saya nih liat bebenor.

Tapi niat itu tak kesampaian juga memandangkan kekanda ku sibuk pulak.So satu hari sebelum hari raya saya pun keluarlah bersama Sepu (siapa lagi kan kalu bukan my official bodyguard nih). Niat di hati nak gi keluarkan duit untuk jadikan duit raya.(Isk tgk ratu tangguhnya aku ini..duit raya pun baru nak keluarkan.) jadi alang-alang kami singgahlah di Masjid Telipot yang sepelaung jer dari rumah.Nak dijadikan cerita berapa kali saya telah menukar baju sebelum keluar.yelah segan dengan pak-pak imam masjid. Selalu saya pakai t-shirt lengan pendek, pikir-pikir..ish segan..tukar t-shirt lengan panjang.. nak pakai baju kurung kang..berdo'oh lah(terlebeyy suda) pulak.

Maka pergila aku ke masjid (ada 2 imam tunggu) satu tua satu muda sikit. yang muda tu ada 'pelanggan' so saya pegila kat imam tua sikit tu..

"saya nok bayar zakat ni ustaz" cuak saya siot..almaklum first time..segan lak tuh..

ustaz tuh pun tanya "bayar tuk sendiri ke famili nih?"

"sendiri ustaz"

(sambil-sambil tu ustaz tu suruh Sepu duduk)

"haa..baco niat tuh"sambil tunjuk kat kertas atas meja.

saya pun baca la niat yang tetulis kat situ dengan nada yang saya rasa hanya saya dan dia jer leh dengar(sebenarnya saya kompius kene lafaz dengan kuat ke dalam hati jer?)

"RM 7.++" ustaz tuh bgtau

saya pun unjukkan RM50.00

"ustaz ado baki tak?" bengongkan saya..ingat beli ikan ke?Nak wat cemana baru keluarkan duit..

Ustaz pun buka beg dia keluarkan baki..sambil tu saya sengih2.

Sekali ustaz muda kat sebelah tegur Sepu
" ayoh bayar doh zakat?"
(ceh kenal ayahanda gua rupanya pak imam ni..isk)
Sepu pandang saya.Saya pun senyum-senyum jawab
"Dah ustaz.tinggal sayo jah tok bayar lagi.baru kelik"

Lepas ustaz tua sikit tu bagi baki.Sepu pun salam ngan diorang.Saya pun naik kete cepat-cepat.

"isk isk ustaz tua nih.kot yer pun senyum laa sikit.ore nak bui duit nih..Doh la first time."
aku komplen.Sepu angguk jer.

Balik tu beria saya bercerita dengan ayahanda dan bonda. pengalaman beb.

p.s:
Aku tau laa. cerita ni tak best mana.Orang lain dah bertahun-tahun bayar zakat sendiri. apa nak heran.tapi lantaklah sebab ini pengalaman aku..dan ini blog aku.. hahahaha

6 comments:

Iron Butterfly said...

shit. u make me feel bad sebab tok bayar zakat. tapi aku sure jah ayahanda aku bayar. nati aku check balik. namo gak dio assume anok2 kijo doh dio kiro tok bayar paroklaa wei..

nolee said...

haha.. check..jangan tok check.. kompiden jer dah bayar.. hihihi

cacah said...

aku pun pa aku bayar doh. tapi aku bayar jugok. rezeki ado lebih. sedekoh la. ops. kalu sedekoh tok baik oyat kok ghe...huhu...

shahsulong said...

ida pun first time bayar zakat sendiri :">

em, nak invite nolee to my blog. what's your email ya?

nolee said...

ecah: huhu syy sedekah dop baik gege..biar tangan kanan bagi, tangan kiri pun tok tau.

shahida: owh.. q_oleen@yahoo.com. Do invite me ya!

Anonymous said...

hoh mahalnye mu kena rm7 .. aku kena 5 ringgit lebih je kat alamanda. takpe la, sedkah. alhamdulillah.