Tuesday, October 28, 2008

Makan saja

saya dgn mood capital 'M' di hari jumaat

Hari jumaat hari tu Saya jumpa Radin masa Lunch break. memang dah wat date awal. wuhuuu... kawan saya ni dulu-dulu saya predict jadi ustazah. sekali jadi askar dowh.. Navy. Saya dahla terpengaruh dengan rancangan Sea Patrol kat Astro tuh. soalan power2 tuh. dia sekarang base kat KK. so susah nak jumpa. alang dia dah ada kat darat ni, kami amik peluang jumpa lah sekejap. eheh.Nida n Tett pun join.

asmak dan radin

Oh ya Asmak pun join juga. Asmak seorang dentist. sekarang ni attach di Hospital Serdang. wahh.sungguh seronok saya jumpa rakan-rakan sekolah rendah yang kini telah menceburi pelbagai bidang. banyak informasi membina hehe. Petang itu ada Jamuan Hari Raya kementerian seronok giler bersosial dan makan2. Setup khemah pun cantik n grand! suka. berangan pulak kenduri sebegitu rupa.mau satu khemah ribu riban. haha.siap ada chandelier tu..mana saya tidak suka.. :D


jamuan raya - dah bersandar kenyang.

Sekarang nih kalau bercerita pasal aktiviti hujung minggu saja kan?..nak buat macam mana itulah saja masa yang ada untuk bersosial dan buat hal sendiri. Hari kerja dah tak dapat.tak sempat.

Hari Sabtu lepas saya ke IKEA nga Pirate. Saja-saja pergi mencari ilham. (koya) Dreaming about how our little home will looks like. yes little. I wish for something decent and small.cosy enough for us. So berangan lah saya sambil berjalan-jalan di dalam IKEA itu. Saya juga mencari sesuatu, a solution to organize my wardrobe and currently messy bedroom.*grin.

Saya juga jupa Khalish the Little C. "C for comel"hehe. Also met his proud parents, Chech and husband. Happy.After that we head up to Sunway. owh layan Pirate mau shopping maut!. hehe sampai sakit kaki.pastuh layan kerusi mengurut Ogawa.bukan nak beli pun. sian salesman tuh penat explain.I free jer pi urut2. hehe.. belum masanya kena dahulukan yg penting2.

Hari Ahad kami ada jemputan kenduri kahwin si Aja di Pekan, Pahang. Bangun pagi-pagi, amik si Norul and breakfast kat umah Sha.Pastu kami berempat berangkatlah memulakan perjalanan ke Pekan.

sama cantik sama padan - congratulations!

balik dari Pekan dah pukul 6, kami singgah di UIA amik menni pastuh pegi makan steamboat di Selayang Mall. Giler best. sebab saya dah lama nak makan tapi tak berkesempatan.

Kemudian after maghrib n hantar meni balik kampus kami terus ke rumah my auntie, Che Mah. Giler meraban I cari jalan.Siap telefon KB.nak wat cemana takde alamat. nasib baik akhirnya I managed to call my cousin and got the direction.Lepak kat situ sampai kul 11 and rush balik. nak kena hantar Sha si Sindarela before 12 malam. sebab husband dia balik kul 12. hehe.Kenyang gila hari tuh. Itu belum lagi makan2 jajan dalam keta sepanjang perjalanan pegi balik Pekan tuh. aduihh..

di rumah Sha

Esoknya saya rilek2 di rumah pagi tuh. Lepas Zuhur gerak to my boss' open house plak. biasalah dengan Sha, norul n anak-anak buah yang lain.Makan nasi dagang nyumm..2.. Balik tuh kami lepak lagi di rumah Sha sehingga Maghrib.Pirate pun sempat datang join tuh. Bihun sha punya pasal.keh keh

di rumah en.nafiz

Malam tu layan tengok Sivaji the boss..hehe best juga citer tuh tapi tak abih pun sbb sambung lepas berita midnite, saya dah tak larat. Tapi sempat lagi mengemas bilik sampai pukul 1 lebih baru tidur.

Hari ini saya mengantuk wat keje. haha.Tak sabar tunggu 'Street Party" malam ni di jalan perumahan kami..hehe.

p/s: more pics here

Tuesday, October 21, 2008

Monday, October 20, 2008

"sejenak..."kata Hamim

Haha..tajuk itu merujuk kepada penggunaan perkataan sejenak yang telah digunakan oleh Hamim, sahabat saya semasa tengah bergosip sakan fasal rakan-rakan kami.Hehe..jarang dengar orang guna perkataan itu..Owh kami semua bertemu di rumah terbuka Ili, Shah Alam pada hari Ahad yang mendung. Saya juga jupa Aaron, ermm..*blushing .. gewam baru.. hehe..susah betul nak amik gambar dia,Ini cubaan keempat baru betul-betul tengok kamera.

Hensem tak *gewam baru saya?


group picture -acara wajib.Tuan rumah yang paling comeyy berbaju ijau iteww. :D

Hari Sabtu saya pegi mana?..Saya ke Seremban.Dengan siapa lagi kalu bukan dengan PIRATES.Pagi-pagi lagi sudah keluar kerana sudah berjanji nak ke rumah CheLah(my auntie) di Seremban, sebelum ke kenduri Zairin.Kenyang betul.. owh..lupa..TAHNIAH ZAIRIN!

saya dan pengantin(awat la gua sengih gilerr)

Balik dari Seremban, saya ketiduran..padahal ada satu lagi jemputan.Rumah CheYa(my auntie). Lepas asar, saya dan ecah keluar ke Kepong dulu rumah CheYa. makan-makan borak-borak.Lepas Semayang Maghrib kami ke Ampang pula. Hari tu besday sepupu Ecah, Adik Uyun. Celebrate di McD. Tapi nak dijadikan cerita kami salah McD. Pakcik Ecah cakap McD kat PETRONAS. Kami masuk McD kat stesen minyak apa ntah. lupa.Siap minum2 Cappucino kat 7E lagi,baru perasan kami di tempat yang salah.haha..patut lama tunggu.

Cappucino di 7E

Adik Uyun with here 7 candles


Wednesday, October 15, 2008

Racing Horse!!


My weekends this month are full of wedding invitations and open houses.nyumm..
(pikir makan saja aku ini)

Last weekend I have three weddings.I just manage to go to Saf-1's but not the other two..( nak buat macam mana Hari berlainan satu di utara satu selatan..)

Memula ingatkan Saf-1's kenduri pada hari Sabtu.Saya terbangun agak lambat.Sebenarnya dah janji dengan Klynn sebelum kenduri nak singgah rumah dia dulu di Seremban 2. Dah bergaya sakan ..keluar rumah..sekali Klynn msg pirate cakap kenduri Saf-1 tu esok..Ahad n dia pun kat Subang time tu.Ishh..pirate aa nih..hihi..Last2 saya balik tukar baju n we went out for lunch instead.

Petang tu saya tido kow2 punya since hujan menggila.Petang sikit around 5 saya berhariraya di rumah Ainn bersama Tett. Ainn dah nak ke kursus DPA 6 bulan di INTAN on monday.sian Cic jadi jadi single parent sekejap. Takpelah...demi kerjaya isteri cewwaahh!..Lagipun Haikal budak baik..takkan susahkan papa dia punyalah..kan Haikal?hehe

Masa kat rumah ainn, SyiknBaik msg cakap she already delivered a pair of twins last tuesday..weehee!! sonoknyer sekali dapat sepasang.Congratulations SyiknBaik!!

So malam tu saya balik pengsan..sebab dah janji esok rumah Klynn n kenduri Saf-1 pagi-pagi.


Kami bertolak dalam pukul 9.00 pagi. berhenti sekejap di RnR Seremban tunggu Edz-1 . Pastu kami ke rumah klynn.Sampai sana rupanya Rh n lola dah sampai awal lagi. siap duk iron-iron baju dah. Kami terus saja serbu meja makan. Brunch.Klynn masak nasi impit ,kuah kacang,lontong nyum nyum..n marvelous tea! sampai satu teko saya n rh bantai sambil borak2 tu.Tak lama lepas itu Sufi n hubby ..Rocco n wifey dan anaknya yang comel sampai.. borak-borak bergambar-gambar dekat pukul 1 jugak baru kiterang semua berjujuk-jujuk bergerak ke Dewan Majlis Perbandaran Seremban.Kat sana jumpa ramai lagi geng 105ers. makan sikit.Tunggu Saf-1 turun dari pelamin , nak punch card (jupa pengantin )kate derang. Pastuh kami pun bertolak balik.


On the way tuh, my auntie called suh datang umah. So kami balik dulu , rest kejap pastuh terus ke rumah my auntie. sampai maghrib lepak sana sambil makan kuzi, kuetiow goreng dan sira pisang..nyumm n a pot of marvellous coffee.

Kemudian saya singgah Jusco cari Ginger n Lime tea.Malam itu after a mug of the tea, I slept soundly.

Itulah weekend saya... :D

Friday, October 10, 2008

Bayarlah zakat

haa..nak dijadikan cerita tahun ini adalah tahun pertama saya membayar zakat fitrah sendiri. Sebelum ni macam biasa tajaan... ayahanda yang bayarkan.

Mula-mula tu duk tengok kaunter-kaunter zakat kat shopping kompleks. Kat jusco Balakong ada..kat alamanda pun ada.. hmm boleh bayar kat sini..tapi lepas sehari ke sehari aku bertangguh..
biasalah..i can ratu tangguh.

Then pikir2 takpelah bayar kat surau opis..hari tu ada tgk poster kat papan kenyataan di ruang lif.ada kutipan setiap kali selepas solat zuhur dan asar.tapi tuan-tuan maklumlah..saya ini amat 'rajin' ke surau. jadinya tak jadi-jadi.. Sementelah ada pulak yang memberi komen.."Bayar kat kampung laa.. Kat kampung lagi ramai yang memerlukan zakat tu.Kat bandar nih dah tak tau nak bagi kat sapa" Aku pikir-pikir..alahh ramai jer orang miskin kat bandar nih.

tau-tau saya sudah pulang ke kampung.. ayahanda dah banyak kali tanya..dah bayar belum dah bayar belum..so saya pikir..nanti kirimkan jer lah kat Sepu (adik gua la) pi bayar.cam seganlak nak pi jumpa pak imam. Pastu dalam satu kejadian makan-makan buka puasa tuh..kekanda pulak buka cerita yang dia pun tak bayar lagi. oleh itu memandangkan kekanda bekerja di MAjlis Agama Islam Kelantan .niat di hati boleh lah diwakilkan pada dia untuk membayar. Awatlaa saya nih liat bebenor.

Tapi niat itu tak kesampaian juga memandangkan kekanda ku sibuk pulak.So satu hari sebelum hari raya saya pun keluarlah bersama Sepu (siapa lagi kan kalu bukan my official bodyguard nih). Niat di hati nak gi keluarkan duit untuk jadikan duit raya.(Isk tgk ratu tangguhnya aku ini..duit raya pun baru nak keluarkan.) jadi alang-alang kami singgahlah di Masjid Telipot yang sepelaung jer dari rumah.Nak dijadikan cerita berapa kali saya telah menukar baju sebelum keluar.yelah segan dengan pak-pak imam masjid. Selalu saya pakai t-shirt lengan pendek, pikir-pikir..ish segan..tukar t-shirt lengan panjang.. nak pakai baju kurung kang..berdo'oh lah(terlebeyy suda) pulak.

Maka pergila aku ke masjid (ada 2 imam tunggu) satu tua satu muda sikit. yang muda tu ada 'pelanggan' so saya pegila kat imam tua sikit tu..

"saya nok bayar zakat ni ustaz" cuak saya siot..almaklum first time..segan lak tuh..

ustaz tuh pun tanya "bayar tuk sendiri ke famili nih?"

"sendiri ustaz"

(sambil-sambil tu ustaz tu suruh Sepu duduk)

"haa..baco niat tuh"sambil tunjuk kat kertas atas meja.

saya pun baca la niat yang tetulis kat situ dengan nada yang saya rasa hanya saya dan dia jer leh dengar(sebenarnya saya kompius kene lafaz dengan kuat ke dalam hati jer?)

"RM 7.++" ustaz tuh bgtau

saya pun unjukkan RM50.00

"ustaz ado baki tak?" bengongkan saya..ingat beli ikan ke?Nak wat cemana baru keluarkan duit..

Ustaz pun buka beg dia keluarkan baki..sambil tu saya sengih2.

Sekali ustaz muda kat sebelah tegur Sepu
" ayoh bayar doh zakat?"
(ceh kenal ayahanda gua rupanya pak imam ni..isk)
Sepu pandang saya.Saya pun senyum-senyum jawab
"Dah ustaz.tinggal sayo jah tok bayar lagi.baru kelik"

Lepas ustaz tua sikit tu bagi baki.Sepu pun salam ngan diorang.Saya pun naik kete cepat-cepat.

"isk isk ustaz tua nih.kot yer pun senyum laa sikit.ore nak bui duit nih..Doh la first time."
aku komplen.Sepu angguk jer.

Balik tu beria saya bercerita dengan ayahanda dan bonda. pengalaman beb.

p.s:
Aku tau laa. cerita ni tak best mana.Orang lain dah bertahun-tahun bayar zakat sendiri. apa nak heran.tapi lantaklah sebab ini pengalaman aku..dan ini blog aku.. hahahaha

Wednesday, October 08, 2008

AIDILFITRI 2008

Hari ini saya mula bekerja...sangapnye.. itulah dah lama bercuti..hari jumaat sebelum raya arituh saya pulun kerja sampai 11.00 malam. nak cuti panjang punya pasal.
Hari Raya saya macam biasa aje... bergembira seperti biasa..

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
kepada semua..


Hari Pertama
- solat aidilfitri at Masjid Telipot
- mengadap keluarga diraja di Istana Negeri
- rumah makcik-pakcik sekitar Kota Bharu.
juadah : Kuzi Tulang dan Ayam. (NYUMM)


Hari Kedua
- Rumah terbuka kami
juadah: Nasi Beriani

Hari Ketiga
-Rumah terbuka Ajah

Hari Keempat
-Lepak di rumah
-Menemankan sahabat ke perkahwinan ex-nya(ngesh ngesh ngesh)
-Majlis Pertunangan kakok Esoh.
-Majlis Kesyukuran di Istana Negeri



Hari Kelima
-balik