Thursday, February 12, 2009

ke-Bandung-an III

8.2.2009
"eh, kalau pilotnya di sini, siapa bawa kapal terbang??"

Hari ni hari terakhir kami di Bandung. Kami check-out awal pagi dan terus ke Kartika Sari.Perjalanan hari ini adalah dengan menggunakan coach Pak Sani dan pak supir hari ini bernama Pak Yukdi.


Di Kartika Sari, masuk sahaja saya terus ke kaunter dan meminta 2 brownies cheese spesial (perisa cheese dan coklat with sprinkle of parmesan cheese), 2 pisang molen (pastry berisi pisang) dan sekotak brownies kukus.Fuuhhh gayaknya macam sudah biasa aja padahal cemana rupa pisang molen pun aku tak tau. Harum sekali kedai itu dengan bau brownies..Perut yang kenyang pun rasa lapar..nyumm. Harga semua yang saya beli dalam Rupiah 200 000 saja.



pisang molen

Selepas itu kami memulakan perjalanan ke Jakarta. Perjalanan mengambil masa 3 jam. Rupanya ada tempat bernama Subang di Indonesia..hihi..Sesampai di Jakarta, kami terus ke Mangga 2 (mall yang suasananya seperti Sungei Wang Plaza, KL) kerana masih awal.waktu itu kira-kira jam 12 tengah hari. Kami makan di foodcourt.Saya memesan Nasi Ayam Penyek(Ada ayam kampung bakar, sambal yang besh, sup sayur) dan saya tambah tempe goreng. Selepas itu kami pusing-pusing di sekitar Mangga 2 sampai sesat2 tak tahu jalan keluar.haha.

comel kan?

Jam 3 lebih kami bertolak ke Lapangan Terbang Soekarno-Hatta. Nish n Lalan perlu check-in awal kerana penerbangan mereka lebih awal. Kami melepak sehingga kaunter check-in dibuka. Ecah dan Mjid keluar ke bandar semula kerana penerbangan mereka subuh keesokkannya.

Tidak ramai penumpang di dalam kapal terbang.Kami boleh duduk sesuka hati di mana kami suka. Saya n Nadya, adik si Fish ...ralit duk membelek gambar2 yang kami ambil sepanjang di Bandung. Tetiba announcement Kapten penerbangan.. alaa yang dia perkenalkan diri tu..

"Tuan-tuan dan Puan-puan , Selamat datang ke penerbangan bla bla... saya Mamat bin mamat (bukan nama sebenar) kapten anda bersama Pegawai Pertama Tg. Petra" .

Menjerit saya.. "aaaa tu sepupu aku".

Kebetulan waktu itu tengah berbual dengan pramugari ..saya minita dia kirimkan salam dan panggilkan sepupu aku ittew..huhu. Owh saya panggil dia Chik je. sekejap dia datang. terkejut tengok aku. hahahaha kemudian Lisa boleh cakap" eh, kalau pilotnya di sini siapa bawa kapal terbang??" hahaha



Teruja beb.. tak pernah saya naik terbang yang pilotnya saudara sendiri...arghhh sungguh teruja.Selamba kami bergambar-gambar. Chik cakap dah nak sampai so dia tak boleh lama. Huhu saya sampai rasa semput sebab terlampau excited.huhu.

Kami mendarat lebih kurang jam 11.00. terus mengambil bagasi.Tett n Hamim dah tunggu saya di Pintu 1.Nasib baik tett telefon. Telefon ku sudah kehabisan bateri dan disekat. haha.lupa bayar bil. Kami kemudian singgah dulu di Oldtown Cyber jaya minum kopi dan makan brownies yang saya bawa balik ittew.Sampai kul 2 pagi kami bergosip. Malam itu saya tidur di rumah tett jer dengan hamim.

brownies cheese spesial yang terus dipotong..baru beberapa jam jejak Malaysia

bergosip sampai pagi

9.2.2008
"Tak tahulah bangun ke tak esok nak gi kerja ni"

Aku bersarapan dengan tett dan hamim di kedai mamak di Ekuin sementara menunggu majid dan Ecah sampai. Bila Majid beritahu derang dah sampai, saya memecut ke airport. haha. hantar majid ke rumah dan kami pun pulang. Selepas lunch saya dan ecah ketiduran sampai petang. Maghrib tu Ajah dan adiknya sampai. Ajah nak amik brownies dan pisang molen yang dipesannya. Kami keluar ke Jusco dan makan malam di Restoran Baling. Saya perlu tidur awal hari ini kerana esok kena kerja.. erk kerja.... alaaaaaaa boringnya....

ps: more keBANDUNGan pics.... go here

4 comments:

Anonymous said...

suh chik bawak belom dari delhi ke KL pada 23 feb eh...

Anonymous said...

eh.. silap eja la.. belon.. bukan belom

Iron Butterfly said...

ahahahah aku tau aper yang digosipkan melalui laptop itu... ngeh3...

thanks for the brownies and pisang bolen/molen. puah hati. huehue. hari2 wak masuk microwave, boh dale sandwich plastic, pahtu make dale keo wak breakfast. heh.

niJramZa said...

muahahhahaaaa..
banyok kaklohs doso keghing maley tuhh..laptop hamim mjadi saksi.n d brownies..sedak nak mammm...aku nge hamim toleh bgheti mngunyah,dohla tgh malae.uhh mari menternak lemak bramai-ramai..tulong la lii,sapo2 huk nok g bandung smula2,kigheng la buleh tigo papae..pls3