Tuesday, February 10, 2009

ke-BANDUNG-an I

4.2.2009
"Wah comel jaket..mung ingat nak gi London ke?"


Penerbangan kami ke Jakarta, Indonesia hari ini jam 9.30 pagi. Saya dan housemate telah bersiap-siap seawal jam 5.30 pagi dan terus ke rumah Majid. We are supposed to pick him up, tapi dia lambat bangun. haha Ecah terpaksa keluar dan mengetuk pintu rumah memandangkan lampu ruang tamu kelihatan masih menyala. Rupanya Majid yang tertidur di bawah. Sementara dia mandi, kami tumpang sembahyang subuh.

Kami ke pejabat dahulu mengambil Kak Jue yang akan menghantar kami. Sampai di KLIA, saya dan Majid terus beratur untuk check-in. Ecah baru tersedar dia tertinggal purse di rumah rupanya. terpaksalah Kak Jue memecut ke rumah untuk mengambilnya. Nasib baik tiket, pasport dan Rupiah Ecah letakkan di beg lain. huhu

Lebih kurang jam 8.30 Kak Jue sampai dan kami berlari ke gate. Gate C jauh . kena naik train lagi. Menjerit saya dan Majid menyuruh Ecah cepat naik train. We were basically running to the gate. Nasib baik sempat.



Penerbangan mengambil masa 2 jam. agak bosan. Sampai sahaja di Jakarta, semua bergegas ke kamar kecil (toilet in Indonesia). Kami kemudian menaiki 2 Toyota Unser ke Stesen Gambir dengan tambang Rp180 000 satu kereta. Di stesen kami mendapatkan tren 1.30 tengah hari , executive coach dengan harga Rp 40 000. Saya juga membeli sim kad SIMpati memandangkan no 013 saya telah mula menghampiri limit dan untuk panggilan jarak jauh amatlah tidak sesuwai. Lupa pulak nak bayar bil sebelum berlepas. Oh Sim kad itu berharga Rp25 000 dan mendapat pulsa (kredit) percuma sebanyak Rp5000.


Perjalanan menggunakan keretapi amat menarik kerana melalui kawasan tempat tinggal penduduk jakarta.. ala-ala setinggan gitu. Kemudian melalui perkampungan dengan kehijauan yang menarik.cantik. Dalam Executive coach , kami boleh memesan makanan dan kami juga diberi percuma roti dan air mineral.Selepas 3 jam , kami sampai di stesen Bandung.




Dari stesen sekali lagi kami menaiki 2 avanza ke Hotel Karmilla, hotel penginapan kami . Perjalanan kira-kira 20 minit dengan harga Rp150 000 sebuah kereta. Bilik di hotel Karmilla sangat OK dengan TV 60 ++ channel, air panas untuk minum dan juga air panas untuk mandi.Harga sebilik twin sharing adalah Rp120 000 sebilik. Setelah semua orang freshen up, kami keluar untuk dinner. Kami ke Simpang Raya, restoran seberang jalan dari hotel. kedai makanan padang. Biasalah kalau restoran padang , dia letak nasi dan pelbagai jenis lauk sebaik sahaja kita duduk. Jadi kalau taknak makan lauk itu .. jangan usik. mana-mana lauk yang terusik dikira jual. huhu. Semua sekali yang kami makan harga Rp280 000 jer.


5.2.2009
"Mau beli seragam yer bu?"

"erk ..Iyer seragam nikah..hehe"
saya garu kepala

Esoknya kami bersarapan di hotel perlu di pre-order malam sebelum dan seterusnya menahan Angkutan di depan hotel untuk ke Pasar Baru dengan tambang RP3000 seorang. Saya terus mencari kedai membuat kartu undangan (kad jemputan). Rupanya hanya ada satu kedai sahaja di stu dan belum dibuka lagi named EtnikWedding. ceh gaya orang hotel cakap macam banyak jer kat situ. Sementara menunggu kedai itu buka saya, aimi dan maknya berjalan-jalan. Beli-beli kain.


di dalam Angkutan

Sekali saya lalu kedai ni jual lace.Dia cakap lace japan.agak cantik RP30 000 semeter. Apa lagi .. saya beli dekat 7 pasang siap lining sekali. sampai saya penat dan duduk jer kat bangku. Dah lama sangat, mamat tuh siap pi belikn air botol lagi. Saya duk sengsorang jer borong kain. Aimi dan maknya dah ke tingkat atas dah. huhu puas hati but i wish he was here bleh tolong angkat kain-kain yang i borong itu *wink.

Setelah puas kami pusing-pusing, kami ke tingkat 6. foodcourt. Saya makan mee bakso. sedap supnya tapi masin. kawan-kawan lain makan nasi tutug oncom (ayam bakar dengan sambal yang best dan lain-lain side dishes). Kira-kira jam 4.00, saya ,aimi dan maknya keluar dari Pasar Baru untuk balik ke Hotel. Kena serbu ngan orang-orang yang menjual beg-beg. ala yang 4 segi besar tuhh .. berzip.. huhu takut jugak. Jalan macet (traffic jem) amat waktu tu. Saya mintak pak guard yang duk kontrol jalan tuh tahankan teksi .. huhu. selamat kami sampai dengan tambang teksi lebih kurang RP 120 000 sahaja. After freshen up, saya dan aimi keluar lagi dengan teksi ke toko pak DAli (rajawedding.com) nak tgk kartu dia.. berpusing-pusing juga teksi mencari tempatnya. Siap lalu kem tentera segala.huhu

Saya tak tempah juga. Takleh nak decide since pirate is not here. Tak berani takut over budget . I'm not very good at bargaining. Pak Dali tolong call teksi untuk kami balik.

Tapi kami tak balik right away. since masih siang, kami singgah di Rumah Mode. (factory outlet) cantik tempatnya.. macam spa. .. banyak baju branded dengan harga yang murah. Kami di situ sampai dah maghrib.terus gelabah nak cari angkutan. Kami tanya guard rumah mode tuh. dia suruh seberang jalan.. tapi kami pegi menyusuri jalan untuk melintas tetiba angkutan satu ni berenti. Aimi tanya pegi hotel karmila tak.. dia kata yer.. kami pun naik... lama dia berpusing-pusing sampai satu tempat nih macam market.. dia berhenti lama.. tunggu orang naik.. saya n aimi dah was-was.Mintak aimi tanya kakak sebelah dia. Rupanya kami dah salah. Kami perlu turun dan naik angkutan dari arah yang bertentangan. aduuhh nasib baik cepat sedar. Kalau tak ntah mana-mana kami pegi. Malam lak tuh.




Nasib baik angkutan seterusnya betul dan pak supir itu baik sangat. Kami borak-borak dan dia bagitahu kami di mana sepatutnya turun. Huhu..sampai di simpang traffic light dia turunkan kami. kemudian kami kena jalan sikit untuk ke Hotel. alhamdulillah kami sampai dengan selamat dan kebetulan kawan-kawan baru nak keluar dinner so kami joinlah.




Dinner di Gampoeang Acheh. (Kampung Aceh kot kalu dialih bahasakan). makan nasi goreng daging spesial dan Es teh manis. Harga? +- Rp30 000. Pastu saya dan aimi terus balik hotel. Kami dah kena hujan kena balik awal. takut demam plak. kawan-kawan terus berjalan-jalan.

ps: Tidak dapat saya memenuhi hajat pirate. Ralat tul.





5 comments:

chaneykronik said...

alah, br perjalanan dua jam... sani gi sini terpaksa kebas bontot selama 6 jam tau.. huhu

cacah said...

huhu...detailnya....

Iron Butterfly said...

eleh sani. macam tak biase balik kelantan jer. ahahah..

lee... huwaaaaaaaa jeles tgk gamba tuh!! aku sore takdop gamba kat rumah mode tu okay, sebab ruponyo aku hok lamo skali shopping, ore laing dok lluar blako doh tunggu aku, sebab phone demo ni tok roaming, pahtu no indon hok ado pulok tok isi ulang. jeng laaa...

Paris said...

jaket london mung tu berguna jugak nolee hehe..

Weckerz said...

salam.saya terbaca blog ni duk surf google tadi.awak pegi bandung menginap di mana ya?macam mana nak book hotel?atau sampai sana baru cari hotel.satu lg,berapa bujet hotel sana?saya plan nak pegi ngan kawan2 tapi duk tgh survey lg