Thursday, September 18, 2008

RAMADHAN I

Wahh.. sudah terlalu lama rupanya saya tidak meng-update blog saya. Banyak alasan-alasannya tapi saya cut it in short-simply malas. Lagi-lagi bulan puasa ni. Saya simpan tenaga untuk menyelesaikan tugas-tugas saya. Banyak kes nak kena siapkan. Tambah pulak nak cuti raya ni. Kena kedepankan semua kes yang due date awal Oktober. Tapi jeles jugak melihat kawan-kawan bercerita nak jugak bercerita tapi cerita apa yer.

Alhamdulillah sekali lagi berpeluang bersua Ramadhan. bulan puasa tahun ni lain sikit.Saya melalui bulan Ramadhan di rumah lain, teman rumah yang baru, dan status baru. *wink


Sekarang ni, saya jarang-jarang dapat berbuka bersama teman serumah tapi saya suka sesi chit chat sambil sahur di subuh hari. Walaupun dua-dua macam mamai tapi boleh lagi semangat bercerita. Tak kisahlah cerita ulang-ulang pun. Yang penting dah tak payah nak on tv.(Boleh jimat, kalau dapat kurang sampai bawah RM20.00 best juga.Free!)

Saya juga masih meneruskan misi jalan-jalan cari makan bersama lanun itu. Kali ini kitorang jelajah area Kajang. Ada kedai ayam percik cawangan dari the famous ayam percik in KB. Tapi nasi kerabu dia kurang ‘Kick’ dan warna biru nasinya nampak terlalu artificial. Tidak seperti yang original menggunakan sejenis bunga berwarna biru itu. Servis pun agak kurang memberangsangkan.Berdekatan kawasan situ juga ada asam pedas claypot yang diperkatakan orang. Sedap kata mereka. Tapi kami tidak sempat merasa lagi memandangkan kata hajah (tuan punya kedai), mereka tidak menyediakan tempat untuk berbuka. Hanya tapau atau take-away. Namun kami juga telah menjumpai kedai beriani gam yang agak memuaskan. Dengan harga flat rate yang murah dan berpatutan.Makanan yang sedap dan tv skrin besar. Bagus. Sebelum berakhirnya Ramadhan ni, mungkin satu atau dua tempat je lagi yang kami buleh terjah.masa sudah suntuk dan kami dihambat tuntutan tugasan. Berangan hendak ke Seremban atau Melaka tapi tengoklah kelapangan .Kelihatan seperti tidak sempat.

Oh ya, hari tu saya diperkenalkan dengan Marche di The Curve oleh Ajah. Itulah.. jakun kan saya tak pernah ke tempat itu.Kat situ pun buffet dia marvelous. Menjilat jari.puas hati makan ,berbaloi dengan harganya. Buleh makan steak,pasta, grilled seafood dan macam-macam lagi.pilihlah sendiri.

Wahh…sudah panjang..nantilah kalau ada cerita saya sambung lagi.

Selamat berbuka dan Selamat Beribadah !!

Datang Ramadhan rindu terubat
Janji tuhan ganjaran bertambah
Bulan Ramadhan bulan yang berkat
Ligat mengganda membaiki ibadah.

5 comments:

Iron Butterfly said...

bunga berwarna biru - adakah bunga kantan? ko hok tu kaler lain? hehehe.. yes sangat marvellous marche itu. thanks again.. hehehe..

btw, anda di-tag di terteaforsea

chaneykronik said...

oh, flat rate tu ayat saya.. kamu curi post saya ya? hhahaha

nolee said...

ajah: bukan bunga kantan la jah.bunga kantan bukan warna pink hiris2 letak dalam kerabu tuh. bunga biru nih memang umah biru.auntie aci sebelah umah aku ada tanam.tag.owh ada aku nampak.nanti yer..sekarang tengah kalut.

chaney: owh..saya tidak curi post kamu, cuma curi ayat sahaja.:P

aishah said...

hehe...ye betul mamai lagi tapi semangat nak bergosip agak tinggi. mamai pun tinggi jugak, boleh terlelap aku sambil ngunyah sate. haha :P tapi aku rasa sesi chit chat kita tu amat ilmiah kadang2 hehe :P

nolee said...

mu lelap ke masa kunyah sate?.. hahaha aku sekali pernah gak.. terlelap.. pastu terjaga rupanya ada lagi secebis roti di tangan ..haha.. beghat doh..

arituh tertido tunggu air teh sejuk..
hehehe