Monday, April 23, 2012

ALFATIHAH

Pagi ini menerima berita pemergian puteri bongsu rakan 105er, Madh dan Fand  ke pangkuan Ilahi due to brain tumor. Baru berusia 1 tahun 4 bulan.Inalillahiwainnailaihirajiunn. Air mata ini berguguran.  Entahlah. Sesungguhnya saya sebelum ini tidak pernah bersua dengan anakanda sahabat kami ini namun terasa amat dekat sekali.
Bermula dengan status pertama oleh Madh dan setiap kali melihat update sahabat-sahabat di facebook hati saya tersentuh dan setiap kali juga air mata itu jatuh. Mungkin kerana arwah hampir sebaya Irfan jadi naluri keibuan itu sedikit terusik.  
Kami berkesempatan melawat semasa arwah masih di ICU. Melihat kedua-dua sahabat saya itu, saya percaya mereka diberi kekuatan oleh Allah. Katanya” Ini ujian untuk kami” . Allahuakbar. sekali lagi airmata hampir jatuh. Saya langsung terkedu dan tidak mampu berkata apa-apa. Maaf sahabat kalau aku hanya berdiam.Sungguh I can’t find the right words. Hanya doa kami untuk kalian.
InsyaAllah anakanda Yanie tenang di sisi  Yang Esa dan menanti ibu bapanya yang tercinta di Syurga. Semoga Allah terus membekalkan kekuatan dan ketabahan kepada sahabat-sahabat kami ini dalam mengharungi ujianMu.
Al-fatihah

2 comments:

Liana said...

takziah buat sahabat kak nolee..Alfatihah..

Em's Family said...

Alfatihah.. same goes when i visited arwah adik fares dekat hospital dulu.. alfatihah untuk keduanya