Thursday, May 22, 2008

Blog

kenapa yer akhir-akhir ini malas betul nak update blog..
kesian kat anda-anda yang hendak membaca.. saya tahu..

Dulu geng-geng UTP yang kenalkan saya dengan blogging ni . Yani and Mira among the first yang saya tahu ada blog. pastuh diorang tahu saya suka buat ayat2 berima (u know... where all the sentences ended with words that hv similar sounds) dan suruh saya buat satu blog.Tapi waktu tu saya tak buat jugak lagi. takut-takut.Waktu tu saya tak boleh lupa yang saya boleh karang summary pengisian kursus kahwin that we, saya dan geng UTP join masa final year tu. kalau tak salah saya, Mira postkan karangan saya tu kat blog dia. bukan blog sekarang. blog mira yang lama. Saya rasa blog tu dah kena hack ke ape.betul tak mira?

Perlahan-lahan saya belajar cara-cara berblog dengan yani n mira dan mula menulis. merapu-rapu. semua hal ehwal fasal saya dan saya.Bila dah konvo lagilah kepentingan blog ini semakin terserlah di kalangan kiterang . ye lah itu lah saja caranya untuk kiterang update fasal diri masing-masing since semua tinggal berjauhan.saya aktif menulis. saya akan letak artikel atau apa-apa saja yang saya rasa menarik untuk dipost kat blog. Pastuh my first Hiatus was during my kursus DPA selama 6 bulan. itupun sebab payah nak jumpa internet..padahal waktu tu la banyak material untuk dikongsikan namun saya sungguh2 tak sempat. selepas dah tamat kursus barulah saya perlahan-lahan start balik. tapi sebab kerja pun dah menghambat ada juga kadang-kadang blog ini bersawang namun tak pernah lama. Selepas itu semakin ramai rakan-rakan mula ada blog atau saya yang baru jumpa blog derang.Kawan-kawan PTD macam oren n ecah, pastuh kawan-kawan lama dari sekolah rendah juga.Semakin panjang list.

bagus jugak blog ni.. boleh tambah kawan..macam hosmet saya si Ecah tuh. ada jer kawan blogger baru die.. kagum saya..yang best bukan setakat kawan dalam blog tapi terus jadi kawan yang kawan. hehe

sekarang ni saya tak menulis sebab memang tak sempat. kerja bukan setakat menghambat saya lagi malah saya yang tak terkejar.tambah pulak dengan komitmen-komitmen lain bersama keluarga dan sebagainya. :)

so jika sekali sekala blog ini bersawang, jangan serik untuk singgah lagi. hari ini mungkin di sini sunyi ...namun esok mana tau ada lagu yang bernyanyi... eheh...

dan andai kawan-kawan semua masih sudi menyinggah di sini saya amat gembira

Bunga telepok kembang separak
Kembang bersusun setiap batang
Awan bertepuk mega bersorak
Bulan terbit dipagar bintang

p/s: itu pantun saya dapat dari satu website..tengah buat research untuk satu wedding minggu depan
p/s2: esok pagi-pagi ada meeting di Seremban..aduih.. redah jer bak kata Nadia AF ..saya tak tahu jalan nih..memang redah jer lah.hehe

3 comments:

Anonymous said...

we r all behind u!

Wan Amira said...

ha ah blog tu dah kene hack, ape nak buat kan.. aku pun tak dak back up.. kesian ko.. anyway thats true. blog ni menghubungkan kite dengan kawan2, mungkin tak sempat nak call, tapi at least kite tahu laa ape perkembangan kawan2.. selalu jugak, bile aku tengah susah, tak pun ade bende tak best happened to me, sebab blog, orang bace, orang akan call kite.. tanye khabar.. macam ko, aku pun confuse mule2, lame2 baru lah aku paham sape tu "MyS*AY*AngDOTcom :p

cacah said...

huhu nama ai pun masuk dale list kah? anyway, saya memang suka bercakap...mu pun tau dok...tapi bila dah besar2 ni takkan nak bercakap pasal kita je..bukan semua orang sudi mendengar cerita kita...cuma diorang tak sampai hati nak bagitau kita...tapi bila kita tulis, orang yang tak nak baca bleh je tak payah baca kan? dan orang yang nak baca boleh keep on reading.
panjang pulak bebelan ku. anyway, mu tau dok, sebahagian besar pembaca blog aku adalah merujuk dari blog mu. they click for me from ur page. aha. :)
*panjang pulok, blog aku ke blog mu nih?* :)

mudik perahu di hujung teluk
mahu mencari keladi patah..
berceloteh bagai tak jumpa esok
padahal duduk satu rumah!