Saturday, February 12, 2005

petikan kata2 mukhris kpd khatijah dlm ‘cinta sofea’..

"Saidatina Khadijah binti Khuwailid adalah manusia pertama yang menyahut seruan iman dan islam, saidatina Aisyah jadi gedung ilmu dan pusat sumber maklumat, Nusaibah binti Ka'ab bermatian-matian di medan Uhud dan Sumaiyah Ali Yaasir pula orang pertama mendapat gelaran syahid. Mereka semua ini adalah muslimah.wanita seperti awak. Menjadi bukti yang jelas bahawa peranan wanita adalah jauh lebih luas dari hanya sekadar menguruskan rumahtangga. Sejarah telah menyaksikan penglibatan muslimat dalam gerakan dakwah dan ia memang tak dapat dinafikan lagi."

"Maknanya Islam tidak sama sekali membezakan antara lelaki dan perempuan dari segi tanggungjawab di atas muka bumi. Jadi, setelah kita berusaha membentuk diri kita dengan sesempura mungkin untuk memikul tanggungjawab ini, setiap individu mestilah berusaha untuk menyeru ke arah pelaksanaan cita-cita iman dan islam ke dalam realiti. Keindahan dan kesempurnaan Islam tidak akan terbukti kalau hanya setakat teori dan cita yang tidak dicernakan ke dalam realiti. Tugas mencernakan ajaran Islam dan mengajak manusia bersama untuk beriman inilah yang dikenali sebagai dakwah”


Aku hooked dengan novel online hasil nukilan saudari rnysa sejak first novelnya dulu..
juga online . R.A.D.HA “Relevankah aku di hati mu” .. Dia suka selit, ayat2 al quran, hadis, kata2 nasihat..
so secara tak langsung…layan2 jiwang tapi ada input.
Aku start layan RADHA a few months before grad last year…Ani yg introduce..
‘Cinta sofea’ seems a bit matured berbanding ’radha’..
mungkin juga sesuai dgn rnysa yg semakin dewasa di perantauan.
Hehe..oh ,for your information she is a Malaysian student in japan..
so you will read a lot about japan thru her novels..

*mampukah aku meneladani serikandi Islam pertama?

No comments: