Monday, February 14, 2005

Wahh…lama tak layan lagu KRU..jiwang….jiwang..
Tersentimental sekejap..teringat nostalgia lama..especially dengan geng2 masa sekolah rendah
Teringat kegilaan aku n kakak aku…diehard fan KRU dulu nih
(fikir2 balik ..ntah pepe aku nih..alam remaja gitu laaa)
seingat aku time tu aku standard six.. semua org pun minat KRU…
we all even tried call office KRU once.n managed to speak to Edry ..haha gile ..gile
we even bought everything..majalah..newspaper ..Even komik KAWAN time tuh..sebab ader pasal KRU..siap gunting masuk file lagi..
tp file tuh mmg disorok lah..kene marah ngan ‘bos’ nanti kalu die jupe hehe..
sanggup wat money order utk dapatkan scrapbook AWAS KRU..novel ‘cinta metropolitan’..n pinjam cd muvi AWAS…
pk2 balik…adui…citer camtuh pun aku tgk ker…hmm nak buat canner..dh minat sgt..
Waktu tuh..tanyerlaa fakta apa2 pun fasal KRU..semua tau..
Kira lebih kurang cam Adam AF laa…membesar dengan lagu-lagu KRU..I even tried to imitate the AWAS dance..hahaha
(kawan-kawan..takyah nk imagine ler..how buruk I am..terlompat2 keh keh..standard 6 …tau apa…)

My all time fav KRU songs :
Janji Tinggal Janji –tak pernah jemu dgr lagu ni
Apa saja


Quite proud with KRU for their hardwork in realising their dreams and doing what they love. They even have a good education background to support their dream. In a way they give their fans inspiration to go for what they dream and work hard plus good education in order to succeed.

Although not so hard die fan lagi..but I still keep informed about KRU..syarikat baru..projek baru..and keberanian menampilkan lagu2 beruncur provokatif..boleh dipuji..walau selalu kene ban..heehe


Tapi sayang..during my convocation at univ last year..they came to perform that nite (see picture) but I was already on my way home..takde rezeki nk jupe derang..hehehe


*Teringat gambar yusri yg tertampal kat lam kelas aku standard 6 dulu..saper ek tampal? Bayani kan…lama nyer tak dgr berita sahabat ku nih..

there goes my one week break..
end..
all packed up..
goin' back to the city..
all the rush.. all the headache..
eheh
see y'all soon
*I won't be blogging as often as before since i'm going away..but do drop by guys..i'll try my best to write.. !!

Saturday, February 12, 2005

petikan kata2 mukhris kpd khatijah dlm ‘cinta sofea’..

"Saidatina Khadijah binti Khuwailid adalah manusia pertama yang menyahut seruan iman dan islam, saidatina Aisyah jadi gedung ilmu dan pusat sumber maklumat, Nusaibah binti Ka'ab bermatian-matian di medan Uhud dan Sumaiyah Ali Yaasir pula orang pertama mendapat gelaran syahid. Mereka semua ini adalah muslimah.wanita seperti awak. Menjadi bukti yang jelas bahawa peranan wanita adalah jauh lebih luas dari hanya sekadar menguruskan rumahtangga. Sejarah telah menyaksikan penglibatan muslimat dalam gerakan dakwah dan ia memang tak dapat dinafikan lagi."

"Maknanya Islam tidak sama sekali membezakan antara lelaki dan perempuan dari segi tanggungjawab di atas muka bumi. Jadi, setelah kita berusaha membentuk diri kita dengan sesempura mungkin untuk memikul tanggungjawab ini, setiap individu mestilah berusaha untuk menyeru ke arah pelaksanaan cita-cita iman dan islam ke dalam realiti. Keindahan dan kesempurnaan Islam tidak akan terbukti kalau hanya setakat teori dan cita yang tidak dicernakan ke dalam realiti. Tugas mencernakan ajaran Islam dan mengajak manusia bersama untuk beriman inilah yang dikenali sebagai dakwah”


Aku hooked dengan novel online hasil nukilan saudari rnysa sejak first novelnya dulu..
juga online . R.A.D.HA “Relevankah aku di hati mu” .. Dia suka selit, ayat2 al quran, hadis, kata2 nasihat..
so secara tak langsung…layan2 jiwang tapi ada input.
Aku start layan RADHA a few months before grad last year…Ani yg introduce..
‘Cinta sofea’ seems a bit matured berbanding ’radha’..
mungkin juga sesuai dgn rnysa yg semakin dewasa di perantauan.
Hehe..oh ,for your information she is a Malaysian student in japan..
so you will read a lot about japan thru her novels..

*mampukah aku meneladani serikandi Islam pertama?

Thursday, February 10, 2005

GONG XI FA CAI
To my dearest friends Wei Nee and Karen..
Mana limau mandarin ni wei… hehe

Well..besides Chinese New year..people are buzzing about valentine's day..in newspaper ..tv…whatever..
Why we need such a day to express love?
Doesn’t it suppose to be done everyday and every time?..
Tak semesti melalui kata2..Even with a smile
Hehe pandai jer aku.. :D

My Love letters:

Mama..papa..brothers n sisters…
love y’all alwizz.. tanpamu siapalah aku

Friends..you know who you are..*wink
Dulu ..kini..selamanya

*still stumbling here and there to reach the greatest love of Allah
Tup-tup cukup setahun.. hari ni dah masuk 1426 hijrah..
Maka penilaian diri harus dilakukan..
Jangan biar diri kerugian..
Hari ini perlu lebih baik dari semalam..

Doa Awal Tahun

Bismillahirrahmanirrahim

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami.
Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.
Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wednesday, February 09, 2005

Honam(no2 berdiri dr kiri) asked me to put this picture...haha...
he with some of his silat cekak members..except for the girl in grey sitting in front in the middle.*wink haha
Aku jumpa puisi ni somewhere on the netso sesuailah dgn korang2 yang suka silat tuh..
silat cekak ke..silat gayung ke..silat jer laa apa2..yang penting seni silat melayu..
Amanah tuh..warisan bangsa..banggalah dgn ilmu yg anda ada..
hehe
PUISI PAHLAWAN
Seni Silat,
Ia bukan lambang kudrat,
Tetapi,
Dialah perisai satu adat,
Zuriat dan daulat.
Seni Silat seni pusaka,
Ia tidak cuma perisai jiwa,
Malah,
Dialah obor pembakar semangat waja,
Dialah benteng wujud dan wibawa,
Sebuah bangsa dan nusa,
Dan mungkin,
Akan menjadi benteng-benteng sisa,
Untuk melaungkan,
"Tak Melayu hilang di dunia"
Kerana silat dan perwira,
Semangatnya sekeras besi waja,
Seteguh kota Melaka,
Bak kata sumpah mereka,
"Kalau roboh kota Melaka,
Papan di Jawa kami dirikan,
Kalau sungguh bagai dikata,
Badan dan nyawa kami serahkan.."
Petikan daripada Pentomin "Silat dan Pahlawan"
Hasil tinta: A Aziz Darmawi
Cerita Asal oleh Jamaluddin Hj. Hanafi.

Monday, February 07, 2005

aduh.. kesian blogku tak terjaga..lama aku tak singgah
hihi..sori sesangat..tak sempat ..
you know how the life as a student was..
plus ..komputer kesayangan aku nih kat umah di kg (kg ke?) ..
dah 2 hari dah balik..tp malas nak online..takde mood betul
gigi plak sakit..those who wear braces mesti tau camna rasa..
esp lepas dentist appointmentwhen he hv tighten those braces..
makan nasi lembik aku hari nih..takleh nk menggigit langsung..
well no regrets actually...bkn mengadu nih..sekadar memberitahu..hehe
bak kata orang..you hv made the decision so bare with watever comes with it.

sabtu hari tu sempat tgk ending sanay wala ng wakas!!..

kat umah my auntie di bangi before naik bas balik sini..
actually dah lama tau how was the ending..tapi nak tgk gak


hehehe..


P/s:

HONAM...aku tau ..dah lama aku janji nak letak gambo ko n kenkawan kt sini...tp gambo tuh kene scan..malas nk kuarkan scanner dr kotak..kene install driver lg..but i'll make sure i do it before balik kl nanti..jgn marah ye