Wednesday, May 16, 2012

Selamat Hari Guru


Bertuahlah anda menjadi insan yang menyampaikan ilmu
Pada saya, mengajar dan mendidik adalah dua perkara yang berbeza. Touchpoint berbeza. Matlamat dan hasil yang diinginkan berlainan. (chewah.. bunyi cam bigboss I pulak.. everything u do mesti ada touchpoint nya. Touchpoint yang significant)

Pada saya mengajar itu lebih kepada menyampaikan, memberi tahu. Tanpa dititiberatkan sangat kesannya atau kefahamannya.
Mendidik pula lebih kepada usaha membentuk, menuntun, menjaga, mengasuh. Ditunjuk jalan sehingga sampai ke destinasi. Selagi tidak sampai sama melatih bertatih. Ia juga usaha mengawal supaya tidak tersasar dari lorongnya.

Just my humble thought since fb wall is flooded with Teacher’s day wishes.
Selamat hari guru kepada yang meraikan juga kepada semua anda. Juga kepada semua ibu bapa kerana anda adalah guru pertama dan terdekat anak anda. Dok gitu?.

No comments: