Thursday, November 04, 2010

PTK terakhir abad Ini.

Sejak PM umumkan dalam budget 2011 bahawa PTK dimansuhkan , ramai yang sangat gumbira. Ye lah siapa suka dengan exam kan?. Tapi dalam gembira itu risau juga. Entah bagaimanalah pengganti PTK itu nanti. Jangan haraplah nak lepas tanpa ptk langsung. Kompem akan diganti dengan system lain punya. Ingat sesenang nak naik pangkat. Huhu .. Mesti ada penilaian punya. Setakat bodek-bodek… kipas-kipas bos :p takde ler..

Anyway yours truly and dear husband baru lepas PTK .Seminggu tu. Macam-macam ada. Ceramah, public speaking, pembentangan pengurusan kerja, pembentangan kerja kumpulan (ala-ala case study siap power point gitu) dan akhir sekali of course 2 exam bertulis.
Aku tang exam bertulis tuh kurang takutnyer walaupun tahu cover banyak giler( dari isu semasa rasuah jenayah dadah segala sampailah specific pasal pekeliling2 , kewangan, asset, pengurusan tanah, segala macam dasar kerajaan, urusan tanah.. macam2…so cemana nak baca?).. memang tak tau nak baca apa. Tapi sebab dia bertulis..tak takut sangat. Bukan objektif ABC yer adik adik.. soalan esei yang perlu dijawab secara analisa ok .
Yang sesi lain-lain tuh sebab kena bercakap. Gabra habis. Public speaking of course English without any visual aid.

Dan punya la aku stress pasal PTK nih sampai hari first tuh .. kena gastric pastuh macam demam seram sejuk takleh bangun. Dah kena MC separuh hari.. aduhai.

Tapi Alhamdulillah esoknya dah sihat and memandangkan bonda datang dari jauh temankan berjayalah aku n dear husband menjalani ptk itu dengan tenang. Semalam habis. Tak taulah macam mana hasil keputusannya.

Tolonglah lulus..

Oh lupa ada 2 assignment due lepas aidil adha.. haish

lepas tuh baru bleh ..tolong lah lulus. huhu

No comments: