Friday, August 12, 2005

Since ain suka lagu ni..so here is the lyric..kot2..nak sing along..
sambil2 tuh..boleh sama2 ambik pengajaran..
hehe :D

Penawar Racun Dunia
Album : Damai
Munsyid : Hijjaz
http://liriknasyid.com

Desiran bayu yang lembut damai di hati

Kicauan burung di sana riang sekali
Suara ombak menggamit detik naluri
Gemilang kudrat Ilahi
...Di sini-sana ternyata gema suara

...Tangisan sayu manusia mangsa manusia
...Terbuang budi terdorong desakan hati
...Saudara korban duniawi
Manusia tiada aman dari kemelut ini

Di dada terus bersarang sikap pentingkan diri
Kuasa, harta dan nama hebat merasuk hati
Kerugian sendiri
...Dunia umpama unta tua yang kehausan

...Semakin tiada tempat untuk kasih dan sayang
...Kerana sudah terlupa pada pesanan Tuhan
...Terpesong tujuan
Nafsu jadi raja merosak dunia

Tak kan datang sinar bahagia
Moga jadi bukti bersama kembali
Cahaya pada Ilahi
...Sedetik lalu saat pun silih berganti

...Tak kan berulang sejarah masa yang pergi
...Usah dibuang di sini hanya sekali
...Mulakan diri sendiri
Iman di dada amalan dengan bertaqwa

Bantuan Tuhan menjadi syarat berjaya
Seiring jalan hargai nilai saudara
Penawar racun dunia

No comments: