don't give up....
you still have a long journey..
KEMBARA HIDUP
Telah jauh aku mengembara... Mencari erti hidup di dunia ini
Yang selama ini sering disalah erti... Oleh mereka yang bertuhankan hati
Ku musafir ke pelusuk dunia... Memerhatikan gelagat manusia
Ada yang gembira hingga terlupa... Ada yang berduka tetapi gembira
Terasa lelah menempuh jalanan beronak duri... Kekadang sesat tanpa haluan
Sehingga punca hilang di mata... Kuturutkan jua hati yang buta
Kupasrahkan padaMu Tuhan... Segala yang akan berlaku
Kerana Engkaulah menentu segala... Menciptakan dunia penuh pancaroba
Tak terdaya rasanya kaki melangkah
Kau pimpinlah langkahku Tuhan... Agar tidakku kesesatan dari jalan SyurgaMu yang diidamkan
Kerana tidakku terdaya menahan seksa neraka... Tidak pula layakku ke syurga
Ku hanya hamba yang diciptakan dengan kelemahan
Sering daku terlupa sering jua daku terleka
Dengan nikmatMu yang melimpah didepan mata
lagu&lirik: Syamer(Syam DeHearty)
No comments:
Post a Comment