Wednesday, July 14, 2010

Tiga

Uish..sudah sebulan tidak di update. Busy with many things, sorry.. :D

Anyway, anak mummy, Irfan dah 3 bulan. Belum pandai membalikkan badan untuk meniarap tapi kalau diletakkan meniarap mesti angkat kepala tinggi. Dia suka berborak (in his own way of course) and kami memang suka berborak dengan dia. Ceritalah tentang apa saja. Cerita fasal ofis pun dia dengar aje. Apa lagi kalau nyanyi-nyanyi.

Irfan juga dah pandai tengok TV. Especially yang kaler terang-terang. dan dia juga begitu teruja dengan lampu siling kat ruang tamu. Kalau on mesti dia gelak and buat bunyi seolah-olah dia tegur dan cakap-cakap dengan lampu tu.

Semalam pegi ambik injection imunisasi. Irfan tak nangis pun. Dia jerit sikit masa ubat masuk pastuh sibuk nak susu and terus tidur. Hari ni dia macam gelisah sikit tak sedap badan kot. Jangan demam sudah.

Esok Irfan dah start kena pegi nursery so mana boleh demam. Irfan nak gi school mummy dia yang nervous lelebih. Barang-barang Irfan dah siap list.malam ni kemas. Harap Irfan dapat adapt dengan cepat and cikgu2 semua baik. huhu

......................................................................................................................................................................


Satu lagi yang buat aku teruja ni .. melihatkan projek rumah idaman sudah nak siap. Tak sabar dah tunggu ni. Katanya akhir bulan depan dapat kunci.Tgh tunggu CF.

Aku dah berangan ni. sambil-sambil tu dah start spring cleaning rumah sekarang. Mana barang tanak, nak buang jer. Siap dah surf internet cari tips and idea hias rumah yang tak besar mana tu. kecik pun janji comel and landed property. Janji sendiri punya bukan sewa. huhu.

tak sabarnya....


Sekarang ni memang semangat fikir fasal rumah and Irfan je. Projek tu dua jer dalam kepala ni sampai akhir tahun ni kot. Kalu shopping pun semua sama ada barang Irfan atau barang rumah jer. Takde dah nak beli baju mummy ke..kasut baru ke...huhuhu Tengah berangan la nanti ruang tamu cantik macam dalam gambar tu. Dapur pun walaupun kecik tapi comel. Harap lepas tu rajin la masak. huhu Tapi boleh ke orang buat kabinet macam tu eh.. mahal tak?.. kui kui.

Nak kena budget betul-betul and prioritize ni. Duit semua kena invest untuk rumah jer setengah tahun yang akhir ni. Nak kena cari kontraktor yang bagus. Nak renovate siap-siap baru nak masuk rumah.






4 comments:

Em's Family said...

wahhh... jangan lupe menjemput... aku nak jumpe irfan, nanti aku lalu bangi aku text ko

nolee said...

bangi? aku duk kat sri kembangan ..huhu

mommy nazeef said...

waaa...suda beli rumah??kat mane weh?nak jmp irfan jugak :)

YBhg Enche Sani said...

pikir pasal rumah n irfan? daddy? hahahaha