Wednesday, July 28, 2010

Breath

Saya MC 2 hari setelah pulang dari menemankan dear husband outstation.. of course Irfan pun ikut sekali. Yang sebenarnya saya yang beria hendak mengikut. tidak sanggup rasanya sensorang di rumah memalam bersama Irfan sahaja. huhu kes dah lama tak kena tinggal.

anyway 2 hari di rumah pun bukannya berehat sangat but its ok. for a breather.Alhamdulillah selesema dapat dikawal. tekak jer ada sedikit perit. Risau dan tak suka sakit sekarang bimbang terjangkit dekat si kecik.

anyway masuk ofis hari ini , terpaksa pula buat kerja orang lain walhal dia ada ajer kat ofis. Hang busy sangat ke. Tgk boleh ajer tergedek2 pi shopping dekat jualan time tengahari. dah banyak kali. Tiap kali pun aku tarik nafasdan senyum jer. Nak buat macam mana terpaksa mengadap orang on behalf orang lain. letih. Tak suka sebab aku tidak dapat memberikan assurance yang bagus kepada orang yang aku jumpa memandangkan bukan aku yang akan proceed hal itu. huhh.. duit nak kerja tanak. cemana? jawablah nanti. haa kan aku dah marah.. elok-elok saya kat atas dah jadi aku..hehehe

Breath..breath.. smile.. sabar.. ada hikmahnya tu nanti. ceh pujuk diri sendiri.

Monday, July 19, 2010

Nursery

Hari ni first day Irfan pegi nursery selepas ditangguh memandangkan dia hari tu seperti tidak sedap badan selepas injection. Semalam Irfan asyik terjaga aje. Mesti dia tau nenek dah balik dah. huhu. Semalam awal-awal lagi dah siapkan barang2 Irfan takut tertinggal apa-apa.

Nasib baik subuh tadi Irfan tak mengamuk sangat. baik aje layan mummy borak sambil tunggu daddy siap-siap. Dia macam pelik je bila bawak naik kereta huhu. Mesti pelik pagi-pagi dah keluar jalan, selalu pagi-pagi bawak keluar tengok bird je sambil buka pintu pagar. huhu

Sepanjang jalan ke nursery, Irfan tidur je. Ngantuk tak cukup tidur semalam agaknya. Sampai di nursery bila cikgu ambik dia terjaga. Nasib baik Irfan biasa tidur meniarap. Irfan tak nangis pun bila mummy n daddy nak gi ofis. Dia asyik duk tgk keliling, tempat baru..bila dady usik dia senyum2. OKlah tu lega sikit mummy. Kalu Irfan nangis-nangis, mau mummy tak sampai hati nak tinggal. sedih.

Kak N bagitau kalau baby tertiba demam atau apa-apa dia telefonlah nanti. Kalau tak telefon tu maknanya semua OKla tuh. huhu saja la Kak N tu nak sedapkan hati mummy ..ngesh ngesh.

Wednesday, July 14, 2010

Tiga

Uish..sudah sebulan tidak di update. Busy with many things, sorry.. :D

Anyway, anak mummy, Irfan dah 3 bulan. Belum pandai membalikkan badan untuk meniarap tapi kalau diletakkan meniarap mesti angkat kepala tinggi. Dia suka berborak (in his own way of course) and kami memang suka berborak dengan dia. Ceritalah tentang apa saja. Cerita fasal ofis pun dia dengar aje. Apa lagi kalau nyanyi-nyanyi.

Irfan juga dah pandai tengok TV. Especially yang kaler terang-terang. dan dia juga begitu teruja dengan lampu siling kat ruang tamu. Kalau on mesti dia gelak and buat bunyi seolah-olah dia tegur dan cakap-cakap dengan lampu tu.

Semalam pegi ambik injection imunisasi. Irfan tak nangis pun. Dia jerit sikit masa ubat masuk pastuh sibuk nak susu and terus tidur. Hari ni dia macam gelisah sikit tak sedap badan kot. Jangan demam sudah.

Esok Irfan dah start kena pegi nursery so mana boleh demam. Irfan nak gi school mummy dia yang nervous lelebih. Barang-barang Irfan dah siap list.malam ni kemas. Harap Irfan dapat adapt dengan cepat and cikgu2 semua baik. huhu

......................................................................................................................................................................


Satu lagi yang buat aku teruja ni .. melihatkan projek rumah idaman sudah nak siap. Tak sabar dah tunggu ni. Katanya akhir bulan depan dapat kunci.Tgh tunggu CF.

Aku dah berangan ni. sambil-sambil tu dah start spring cleaning rumah sekarang. Mana barang tanak, nak buang jer. Siap dah surf internet cari tips and idea hias rumah yang tak besar mana tu. kecik pun janji comel and landed property. Janji sendiri punya bukan sewa. huhu.

tak sabarnya....


Sekarang ni memang semangat fikir fasal rumah and Irfan je. Projek tu dua jer dalam kepala ni sampai akhir tahun ni kot. Kalu shopping pun semua sama ada barang Irfan atau barang rumah jer. Takde dah nak beli baju mummy ke..kasut baru ke...huhuhu Tengah berangan la nanti ruang tamu cantik macam dalam gambar tu. Dapur pun walaupun kecik tapi comel. Harap lepas tu rajin la masak. huhu Tapi boleh ke orang buat kabinet macam tu eh.. mahal tak?.. kui kui.

Nak kena budget betul-betul and prioritize ni. Duit semua kena invest untuk rumah jer setengah tahun yang akhir ni. Nak kena cari kontraktor yang bagus. Nak renovate siap-siap baru nak masuk rumah.