Monday, February 22, 2010

" You rasa macam mana?"

Setiap langkah hidup ini mesti ada batu-batu yang menghalang..
jalan terus saja

"You rasa macam mana?" Itu ayat big boss. Setulusnya saya tiada rasa ketika itu. Melihat bos yang sedang enak menjamah nasi lemak pun, saya tidak rasa apa-apa walaupun saya masih belum bersarapan . Kerana saya melihat apa yang saya inginkan hanya separuh tercapai iaitu berubah tetapi rupanya ia membawa saya ke tempat yang mungkin dikatakan mampu mengundang ketidaklapangan hati.

Jadi cadangan bos itu mungkin sedikit memberi keamanan kerana saya hanya perlu mengengsot ke tepi sahaja tanpa perlu mengangkat kaki dan melompat ke seberang. Tapi saya risau nanti saya dilanda kejumudan. aduhai. Serba salah jadinya.

Tapi bila saya fikir mungkin ada hikmahnya jika saya sekadar mengengsot memandangkan keadaan sekarang. hmm. Bos... kalu betul nak saya engsot saja, Cepatlah sikit urusannya, bimbang yang di seberang menunggu. hehehe

Uish ini sudah kali kedua lompatan saya tak jadi. Lepas ini mesti orang pikir dua kali nak bagi saya lompat lagi. Sampai bersara la macam ni. Takpe, saya nak bersara awal, berangan jadi mak datin, buka spa or cafe bookshop untuk kawan-kawan melepak. hahahahaha

4 comments:

shahsulong said...

ida suka idea tu. bukak la cafe utk kitorang lepak2.. that would be real nice, dpt hang out wif old frens, reading books and just chill~

cacah said...

haha i pun nak komen pasal cafe bookshop... bestnya... tapi kalau kitorang gi lepak tentu bising book shop tu... :)

berangan juge...

nolee said...

hahaha.. dah kata sengaja buka cafe untuk kawan melepak.. bukan nak untung pun.. ntah2 buku2 kat situ semua 2nd hand book..

buku boleh baca free.. nak beli boleh tapi takleh pinjam..F&B of course kena bayar la kan..

Iron Butterfly said...

mu nok dok Cleo aku adolaa koleksi duo tigo tahun aku donate book-cafe mu nih. hahahaha..