Tuesday, January 20, 2009

Menerawang saja

Aku perasan akhir-akhir ini aku gagal untuk fokus.Aku amat susah untuk menumpukan perhatian bila buat sesuatu perkara..Is it just the gemini in me atau aku memang ada masalah yang menyebabkan aku tidak boleh untuk hanya berfikir dengan khusyuk tentang satu perkara dan menumpukan perhatian?

Owh keadaan itu juga menganggu gugat kualiti kerja aku. kerana ia sememangnya memerlukan daya konsentrasi dan ketekunan yang tinggi. Tapi aku gagal. Beberapa kali terpaksa berhenti di pertengahan dan keluar mengambil angin kerana aku mula kabur. adehh.

Dan keadaan ini juga menyukarkan aku untuk menghabiskan sebarang buku yang aku baca.. dan sekarang ini ada 3 buku yang aku baca setengah dan ditinggalkan separuh jalan.Aku mungkin akan menyambung membacanya kembali nanti.

Bagaimanakah harus aku melatih fikiran dan fizikal aku supaya sama setuju untuk fokus dengan penuh konsentrasi ?

help?

3 comments:

Tok Li said...

Cuba amalkan baca Quran satu muka satu hari (start dgn setengah muka pun takpe). InsyaAllah... jiwa akan kembali tenang.

chaneykronik said...

jom kawen!

Iron Butterfly said...

sani gelenya slaluh :p