Friday, January 14, 2005

SULUHKAN SINAR

bayangkan hanya berbumbung langit
berdinding sekadar angin
kerana syurga mereka telah dimamah bencana
satu harta yang tinggal...hanya nyawa
bayangkan semua insan tercinta
dirampas sekelip mata hilang entah ke mana
nisan pun tiada tempatnya
warisan keluarga hanya pada nama
oh Tuhan ... beri ketabahan hati mereka
menempuh dugaan yang melanda
kita sesama manusia turut mendoakan
agar Kau suluhkan sinar dan harapan
ketika kita bersyukur dilindung
ada mereka diselubung pilu
mengharungi hidup bergantung pada simpati
masa depan hanya sejauh esok hari
oh Tuhan ... beri ketabahan hati mereka
menempuhi dugaan yang melanda
kita sesama manusia turut mendoakan
agar Kau suluhkan sinar dan harapan
vocal by 100 local artist from various recording company
song by Edry Abdul Halim

No comments: