(apabila di google image lah..tak tau betul ke tak)
Hari ini lunch bersama tett, ecah n fish di sebuah restoran baru di Cyberjaya.. berdinding kayu yang cantik dan ada kolam ditengah-tengahnya. tapi makanannya biasa-biasa saja.
Dari cerita facebook, ke cerita kerja hinggalah tercerita pasal ikan-ikan dan kura-kura di dalam kolam itu.. Kebetulan kami memilih meja di tepi kolam, dapatlah tengok ikan-ikan berenang2 dan ada seekor kura-kura..pastuh kiterang blehla pulak kompius kura-kura, ke tuntung ke labi-labi ke penyu.. tapi obviouslah penyu kat laut kan.. pastuh which one is tortoise and which is turtle..?
dan aku baru terperasan teenage mutant ninja turtle itu penyu.... eh ye ke?..
dan dek kerana perbincangan itu, sekarang ini aku duk sibuk wiki2 bezanya tapi susah nak dapat penerangan bahasa melayu.. yang aku tau sekarang tortoise= kura-kura, turtle=penyu dan terapins=tuntung. dan apa yang membezakan adalah kakinya,bentuk cengkerang dan juga kebolehan menyembunyikan kepala serta kaki.. rasanya penyu takleh sembunyikan kaki kan?.. tapi aku masih lagi tidak begitu pasti dengan jelas
"which one is which?" aduhai~~