Monday, January 14, 2008

4 days-the weakest me..

semasa musim raya puasa tahun lepas.. aku demam teruk..aku ingat lagi.. hari itu sepatutnya penerbangan aku pulang ke KL.petang itu aku seram sejuk..dengan batuk-batuk..tapi aku kena balik juga.. walaupun aku masih cuti sehingga hujung minggu..saya dan adik tiba di LCCT tengah malam.. dah janji syikin tunggu kat erl station putrajaya..tapi bila sampai di KLia erl .. next train kul 1.02 am.. aaiyark.. takkan nak tunggu sejam kat airport tuh...call syikin rupanya dia masih kat rumah.. so aku n adik naik cab terus balik..

esoknya badan aku makin panas.. susah betul nak bangun..tapi kena jugak..sebab nak anta adik balik ke kampus..pening2 terasa..mungkin sebab badan panas..dah naik ke kepala..aku gagahkan jugak drive hantar adik..dan kemudian balik..selepas itu terus aku ketiduran..tak silap sampai pagi..esoknya hari jumaat..nasib baik aku dh mmg apply cuti..aku bangun pagi-pagi terus mandi..terasa segar sikit..aku drive ke klinik..sungguh . aku tak tahan..dengan demam itu..urat sendi semua terasa sakit-sakit..kerongkong dah perit..batuk pun terasa menyakitkan dada.Selalunya payah untuk aku ke klinik..tapi ini memang tak sempat2 aku nak ke klinik.. nampak sangat.,.. aku sudah tidak tahan..

di rumah aku berbungkus sahaja didalam selimut toto ku itu..sekejap aku berbungkus litup..sejuk..menggigil.. sekejap aku campak semua selimut itu..panasslidah terasa pahit..semua yang aku telan ..pahit.. aku buat milo panas manis-manis pun terasa pahit..aku tidak mampu lagi untuk menelan apa-apa.. semua yang aku telan.. aku muntah semula..tidak tahu ntah ke berapa kali air mata mengalir.. kerana aku memang tidak tahan..sabar jelah.. dugaan tuhan..
kalau ada yang bertanya khabarku.. aku jawab dengan ceria.. demam sikit.. aku senyum aje..aku berpura-pura kuat.. sedangkan hakikatnya.. setakat yang aku ingat.. tidak pernah dalam hidupku terasa selemah itu..fizikal..atau pun emosi..sungguh waktu itu... terasa separuh mati..miserably sick.. restless..hopeless..weak..

sepanjang hujung minggu ..aku hanya berkurung di bilik..berbungkus didalam selimut.. aku bawa naik ke bilik sebuku gardenia..sebotol 100 plus.. sebotol air masak..dan segelas milo panas..walaupun hakikatnya aku tiada selera.. tengah malam bila terasa lapar..aku bersila di tepi katil ..mencicah roti dengan milo..tidak larat.. itu sahaja yang aku makan.. ada syikin belikan nasi tengahari isnin itu..tapi sungguh aku tiada selera..tekak tidak mahu menerima.. mesti aku muntah.. kemudian aku terus tidur dan tidur..kadangkala dengar suara-suara rakan-rakan ku bergelak tawa.. diluar.. mahu bershopping agaknya mereka..tak pun ke wayang..arghh.. tidak mampu aku hendak menunjuk kan muka..

malam ahad..pirate sampai dari kampung.. dipaksa ku..keluar..walaupun aku tidak larat..tapi aku gagahkan jua.. aku perlu angin luar..ke gerai nasi air.. tapi aku rasa nasi air itu bagai menyiat-nyiat kulit setiap kali aku menelannya.. aduh..sakit betul..selepas itu aku ke klinik sekali lagi..
doktor menukar preskripsi..memberikan ubat ..dan antibiotik yang lebih kuat selain daripada ubat tahan sakit.. untuk mengurangkan rasa sakit-sakit badan yang aku alami..hari selasa.. aku ke ofis ..walaupun batuk yang masih bersisa .. aku pergi juga..
aku tidak suka terasa lemah.. aku tidak suka menunjuk lemah.. aku benci diri aku yang lemah..jadi biarlah buat-buat kuat.. supaya aku betul-betul jadi kuat..
sampai hari ini ..kalu aku ingatkan keadaan aku ketika itu aku rasa sedih.. dampai sekarang aku masih mengalirkan airmata mengingatkan keadaan ku ketika itu..aku tidak boleh melihat atau mendengar orang sakit..aku teringat keadaan aku ketika itu..

Itu baru 4 hari demam.. baru sedikit tuhan menguji.. belum lagi seperti orang lain.. diberi sakit yang tida k akan sembuh..cedera..cacat.. dan sebagainya..itu baru 4 hari demam....tuhan..aku memang insaf..waktu itu mengajar aku.. aku mungkin berkawan seribu... aku mungkin besaudara sepuluh.. namun setiap ketika hanya tuhan yang sentiasa di sisi.. hanya tuhan yang maha mendengar..hanya tuhan yang maha mengasihani.

semalam aku pesan dengan seseorang.. supaya tidak lagi bercerita fasal ketika itu..kerana setiap kali aku akan rasa sedih.. aku tulis di sini..kerana bimbang..aku terlupa..aku tidak mahu lupa.. kerana ia mengingatkan aku.. cukuplah tuhan ada di sisiku..

3 comments:

cacah said...

sabar nolee...

Orang kata, Tuhan takkan duga kita kalau kita tak dapat tanggung...

:)

Anonymous said...

me memang insaf..

Pirates@KSM said...

ler... hmm.. that day rasa dipaksa ke? sowie ehs... takpe.. Nabi penah pesan, kalo demam ni, Allah bagi rahmat kat setiap anggota badan... be strong and keep strong baby..