sudah lama desas desus kenaikan pangkat kedengaran..ada kata tahun depan.. bulan depan..minggu depan..ada kata kerja untuk percuma jer dulu... nanti nanti baru kompem naik..macam-macam..
hari ini aku melompat-lompat ke laman laman lain sambil-sambil membuat kerja aku..aku baca-baca..
aku dapat konklusi ini..
dear diri aku..aku tahu kita suka jawatan sebab nanti banyak fulusnya..kita suka.. nanti orang dengar sikit kata kita..tapi kalau nak diikutkan..jawatan itu amanah..kita patut menangis bukan?bukannya menangis kalau tak dapat tp menangis sebab dapat..ia berat.. jangan ambil ringan..berat... di hadapan tuhan nanti..
walaupun kerja kita hanya duk mengarang surat atau mengira duit dan buat statistik..berat..
pesanan Rasulullah s.a.w. kepada Abu Zar al-Ghifari yang datang memohon jawatan kepada Rasulullah s.a.w.;
"Wahai Abu Zar, kamu lemah sedangkan jawatan yang kamu minta ini adalah amanah. Dan dengannya (jawatan) kelak di hari akhirat kamu akan menyesal dan dukacita; melainkan kamu ambil kerana kamu layak memikulnya, dan kamu tunaikan pula amanah itu."
Sabdanya lagi: "Mana-mana pemimpin yang mengkhianati rakyatnya, maka ia di dalam neraka."
(Riwayat Tabrani)
Abu Zar adalah sahabat nabi yang pernah pengsan kerana takutkan Allah.kita?
pengsan sebab tak tahan panas..duhh
1 comment:
saya suka naik gred 44 sbb saya boleh keluar dari tempat sekarang.. time kaseh
Post a Comment