Rasanya mahu menulis dalam bahasa melayu. Melayu yang betul. Mampukah? huhu
Semalam Irfan demam lagi. Sebelum aku ke tempat kerja, badan Irfan agak panas. Lalu Daddynya mengambil cuti. Mahu bawa Irfan ke klinik. Aku tidak mampu bercuti lagi. Sudah bercuti 5 hari minggu sudah.
Petang habis waktu pejabat, Irfan dan daddynya datang menjemput. Belum sempat sampai ke rumah Irfan muntah dalam kereta. habis baju kami berdua. Malam itu Irfan terus merengek-rengek. Panas sungguh badannya. Dilap-lap dengan kain basah. Marah dia. Rimas agaknya badan basah-basah. Disuruh aku dukung naik ke tingkat atas. masuk ke bilik . tak sampai 5 minit, diajak turun ke bawah lagi. kemudian ke atas lagi. kemudian ke bawah lagi dan atas lagi dan lagi .Gitulah lebih kurang 10 kali.naik turun.Weight lifting. I should have loss a few kilos. hehe
Sampailah daddynya mengeluarkan fon dan dipasang game Angry bird. Terus diam baring bermain. Tapi kemudian aku yang dipaksa main. akhirnya sampailah tertidur. huhu
Alhamdulillah pagi ini dia bangun tersenyum-senyum. Bayangkan semalam tidur tanpa berbaju. senang untuk aku lap badan dan supaya panasnya cepat hilang. Badan sudah tidak panas lagi. Alhamdullilah.
Aku nervous kalau Irfan demam . panas.
1 comment:
get well soon ye irfan...muah muah
Post a Comment