Monday, July 19, 2010

Nursery

Hari ni first day Irfan pegi nursery selepas ditangguh memandangkan dia hari tu seperti tidak sedap badan selepas injection. Semalam Irfan asyik terjaga aje. Mesti dia tau nenek dah balik dah. huhu. Semalam awal-awal lagi dah siapkan barang2 Irfan takut tertinggal apa-apa.

Nasib baik subuh tadi Irfan tak mengamuk sangat. baik aje layan mummy borak sambil tunggu daddy siap-siap. Dia macam pelik je bila bawak naik kereta huhu. Mesti pelik pagi-pagi dah keluar jalan, selalu pagi-pagi bawak keluar tengok bird je sambil buka pintu pagar. huhu

Sepanjang jalan ke nursery, Irfan tidur je. Ngantuk tak cukup tidur semalam agaknya. Sampai di nursery bila cikgu ambik dia terjaga. Nasib baik Irfan biasa tidur meniarap. Irfan tak nangis pun bila mummy n daddy nak gi ofis. Dia asyik duk tgk keliling, tempat baru..bila dady usik dia senyum2. OKlah tu lega sikit mummy. Kalu Irfan nangis-nangis, mau mummy tak sampai hati nak tinggal. sedih.

Kak N bagitau kalau baby tertiba demam atau apa-apa dia telefonlah nanti. Kalau tak telefon tu maknanya semua OKla tuh. huhu saja la Kak N tu nak sedapkan hati mummy ..ngesh ngesh.

1 comment:

cacah said...

huhu
lamanya tak jumpa irfan. dah besar ke? hehe.. :D

aku nak kelik kelate ni. nak kirim gapo2 tak?