Thursday, February 12, 2009

ke-BANDUNG-an II

6.2.2009
"Pak, kebaya warna belacan ada pak?"
"Belacan tu apa ya?"
"Erk takde belacan eh sini?"

Hari ni saya bangun awal. Nish pun dah tak boleh nak tidur. Jadi kiterang duduklah layan TV sambil tunggu masa nak breakfast. Di sini breakfast perlu diorder pada malam sebelumnya dan boleh pilih sama ada hendak makan di restoran atau dihantar ke bilik.


Pagi ni kami akan ke Chihampelas atau Chiwalk. Banyak deretan F. O. S di situ. Aku jalan-jalan cari t-shirt jer. Pastu cam dah tak tau nak beli apa. Last-last kiterang amik cab dan ke Pasar Baru.haha. Saya ingat nak cari kebaya yang tett pesan. Warna belacan. Payah. Last-last beli kaler lain. hihi.


Lepas pusing-pusing, Saya, fisy n nadya lunch di foodcourt. Semalam saya tak makan nasi tutug oncom tuh, so hari ini saya try bersama teh manis. Harga Rp 14 000 jer. Dalam kul 4.30 petang kami pulang ke hotel berehat. Kemudian saya, aimi dan fisy keluar semula sebelum Maghrib ke Bandung Indah Plaza.dan Matahari (a mall), Jalan Dago.

Di sepanjang jalan di hadapan kedua-dua kompleks ini penuh dengan deretan penjaja DVD.. tak tau laa haram ke tak ntah. polis ada jer di sekitar situ. Macam kat Feringghi. Gerai-gerai ini beroperasi dari jam 4 ptg hingga 11 malam. Habis borong Cd, kami berlari-lari anak pulang ke hotel, memandangkan hujan semakin lebat. tapi sempat lagi singgah Holand Bakery untuk beli roti ecah. :p

7.2.2009
"Busuk weh bau aper nih?.." "cam kentut"
"Bau belerang gunung berapi tu kot"

"haa time nih saper nak kentut oklah .. dah terkaber dengan sendiri hehe"

Pagi ini kami akan ke Tangkuban Perahu. Perjalanan mengambil masa 30 minit hingga 1 jam. Jalannya berbukit-bukau dan melalui kawasan yang mempunyai pemandangan yang kehijauan dan cantik.


Sepanjang jalan ada gerai-gerai menjual arnab. Sama ada yang masih hidup atau pun yang telah dijadikan sate. Dipanggil Sate Leleng. Leleng tuh arnablah kot.



Bayaran masuk ke kawasan kawah ialah Rp35000 seorang. Sampai di atas rasa semakin sejuk dan berangin. Nasib baik saya bawak jaket "koya London" tuh. Pertama kali saya melihat kawah gunung berapi. Busuk. sesekali angin berhembus sampai nak terbalik jugak lah aku. Tudung toksah cakap ah..takleh kontrol lagi. Kemek.



Setelah puas melihat pemandangan dan bergambar kami meneruskan perjalanan turun bukit ke Sari Ater ..the Hot springs. Ramai orang. Yang menarik di tepi-tepi kolam-kolam dan sungai itu, terhampar tikar-tikar. Ingatkan boleh main duduk jer.. sekali kena bayar laa. huhu. Ada pulak penjual ais krim yang asyik duk mengekor kami.. puas mengelak.. last-last kami beli juga. Setelah puas merendam kaki, kami bertolak pulang.




Sampai di bandar, separuh dari kami mahu ke Pasar Baru manakala separuh lagi akan ke rumah Mode. Setelah drop mereka di Pasar Baru kami pergi makan dulu di Warung Nasi Ampera. kedai makanan sunda yang menyediakan lauk-lauk secara buffet. Di meja sudah tersedia air teh tawar dan ulam serta sambal free. Sedap. bleh laa lawan Nasi Tutug Oncom tuh.



Di rumah Mode kami shopping sakan dan pulang ke hotel. Saya makan Jagung cheese malam tuh. Ecah tolong belikan di gerai-gerai tepi Jalan DAgo tuh. sedap.


arghh sebelum tido .. kena packing esok pagi-pagi dah bertolak ke Jakarta.. huhu
Good Bye Bandung. I'll be back..... soon.

1 comment:

Anonymous said...

salam.
Belacan (Msia) = Terasi (Indo)...:)