Wednesday, October 03, 2007

hari ini..

pic was taken during buka puasa do with ZS Clan

[pinjam tajuk thread kat PTDportal}
arghh..lega rasa..semua fail yang urgent untuk tarikh2 cuti raya telah disiapkan..

hari ini baru rasa tenang.. 2 hari kepala berdenyut..
namun gagahkan jua sebab nak siapkan semua keje yg due date tarikh bercuti raya..
dahlaa due raya..yang berat2 plak tuh..memerlukan ketelitiaan dan penganalisaan yang lebih serius dan terperinci..
yang mana amat sukar untuk dilakukan apabila kepala kita sedang berdenyut-denyut.
ditambah pula dengan pendingin hawa yang "full blast" menggigit tulang-tulang sendi rasanya..
(i think i got migraine lah ..ergghh.. habislah..)


hari ini baru terperasan dengan lagu-lagu raya yang berkumandang..
isk-isk punya laa berkurung di bilik kecil ku ini...
diorang kat luar dah lama duk pasang lagu raya..

hari ini juga berjaya menyiapkan borang kebenaran ke luar negara..
dah submit kepada ketua jabatan dan insyaAllah by esok boleh submit kepada KSU..
harap bleh setel cepat2 malas nak pening-pening kepala..
mana aku mau pegi..?..
tunggu..

hari ini..apa lagi akan berlaku hari ini?.. akan disambung kemudian..

4 comments:

Wan Amira said...

ape laa sorang2 nak buat saspen, memule ain, ni ko pulak

Iron Butterfly said...

mahu ke manakah?

shahsulong said...

nolee nk pi mane ni?

gi haji ek?

Anonymous said...

salam nolee... just nak ucapkan selamat hari raya maaf zahir batin :)