
Saya mula cuti bersalin 60 hari starting 28 Mac ni. Saja ambil awal..walaupun belum bersalin.
Sekarang ini bersantaian di teratak bonda sehinggalah habis pantang nanti. bersama dear pirate balik dengan menaiki kapal terbang jumaat hari tu. beria-ria saya meminta doktor menyediakan surat pengesahan bahawa saya sihat untuk naik kapal terbang sekali tak ditanya langsung pun semasa nak naik. huhu..nampak sangat saya masih lagi slim dan comel.. huhu perasan tak sudah
Tadi berjumpa dengan doktor yang insyaAllah akan menyambut kelahiran ini. Setelah diperiksa katanya kalau melihat keadaan kedudukan bayi, saya tidak akan bersalin lagi dalam masa seminggu ini. Sempat lagi lah saya hendak makan segala makanan sementara kat kb nih. Roti Canai Cotek, Nasi Lemak TC, Ayam Percik, dan banyak lagi hihihi.