Wednesday, September 24, 2008

Run people run!!!


I am announcing to the world that i am totally stressed out!!
I've become an annoying.. angry n such a cry -baby..
I've no mood to talk furthermore to smile..
I feel like everyone is not appreciating me..
I feel like i am such a pebble in other's shoe..
and the most important thing is I am tired..exhausted
argh..

And I have hurt many people since last week, yesterday, today
n will hurt more people for sure ..
tomorrow n the day after n next week till the raya seasons ends

So to all innocent people
beware of ME..
run if u see ME....

Tuesday, September 23, 2008

RAMADHAN III

Happy birthday to you..happy birthday to you.. happy birthday to PIRATES!!!...happy birthday to you...lalala



owh..kena nyanyi dulu sebab hari ini birthday pirates.akhirnya dia tidak lagi sebaya dengan saya :p Hari ini juga birthday kakak saya, kak wanie (we, litttle sis call her kak Aneeng,don't ask me why) yang tak pernah diusik usia!! mantainnnnn saja.hihi

Hmm penat.Penat.Saya masih lagi mengejar kerja-kerja di pejabat ini.Ada lagi 12 kertas kehijauan di atas meja..caiyok!! Cerita fasal birthday,Jumaat lepas birthday mid.. Sebenarnya saya dah janji dengan farah brutal nak berbuka tapi memandangkan my friends ada organized a suprise party for mid.



Saya terpaksa postpone date dengan farah.takpe next time i'll make up to it... sekali mid dengan cool ajer datang.. tak nampak terkejut pun.. hehe..takpe yang penting adalah makannya .. sate n kek yang sodap..


tengok nombor meja kiterang.. 88 you! pakcik kayo!

Hari Ahad lepas juga,macam biasa Zainab Old girls ada get together buka puasa.These girls are my oldest friends..almost 16 years...tapi kami macam ini lah dari kecik2 sampai sekarang pantang ada kamera.hihi Kami bergosip2 updates bout everyone di INTEKMA RESORT Shah Alam.Buffet yang menarik di tepi kolam mandi dan di dalam dewan. macam-macam ada.yang best daging kambing bakar.Nasib baik tak pening saya malam tuh.makan banyak daging pak janggut itu. Lepas maghrib.sambung lagi cerita terhangat di pasaran kat rumah Ili.isk isk makan lagi tengok-tengok pukul 12 lebih jugak sampai rumah.Siapa lagi chaffeur saya hari itu.. tett dan jazzy berkilatnya!! cewah.. thanx a lot tett..

ai, tak sempat gelap dah baca doa?

Semalam pula,saya makan-makan dengan staffs, saya dan Pirates.Tak taulah.Tiba tiba ada orang murah hati hari itu.Saya makan je. :) Kami berbuka di Penang Village Alamanda.Seronok tengok diorang makan, saya jadi kenyang.

Hari ini ada majlis berbuka puasa di pejabat.Saya tak sempat merisik khabar apa menunya.hehe

Thursday, September 18, 2008

RAMADHAN II

Semalam saya begitu produktif.Membaca,merumus,menyusun ayat, menaip,membetulkan kesalahan, menandatangani dan memburu tandatangan mereka. Letih.Tapi puas hati.

Saya keluar berbuka puasa dengan tett semalam.Last minute plan. Lanun kasi idea since dia sudah ada di bangi.Saya pun sms Tett.wahh..boleh merasa Jazzy kepunyaan tett yang berbau kedai. :D .Yang seronok dapat jumpa Ainn sekali. kebetulan Ainn car-pool dengan Tett.Kami singgah ambik Haikal di rumah babysitter-nya.


Baik betul Haikal ini.tapi kontrol macho. isk isk. Memang baiklah.Ber-jurus kata orang Kampung saya.Ber-jurus benar.Dia rilek jer bila saya amik riba dalam kereta. Memang cool.Bila diagah-agah dia buat muka poyo.Lawak juga Haikal nih.takpe janji comel.Selepas hantar Ainn dan Haikal balik umah, saya dan tett terus ke Restoran Puteri Bongsu. Jupa lanun di sana.Kami makan buffet.For RM20.00 per pax, i would say it was ok. Makanan nasi lauk2 yang menarik. ada mi kari, pilihan kuih muih dan air minuman yang pelbagai.

Alamak saya ternampak hijau bertimbun di atas meja.Kerja.kerja.nanti sambung lagi.

RAMADHAN I

Wahh.. sudah terlalu lama rupanya saya tidak meng-update blog saya. Banyak alasan-alasannya tapi saya cut it in short-simply malas. Lagi-lagi bulan puasa ni. Saya simpan tenaga untuk menyelesaikan tugas-tugas saya. Banyak kes nak kena siapkan. Tambah pulak nak cuti raya ni. Kena kedepankan semua kes yang due date awal Oktober. Tapi jeles jugak melihat kawan-kawan bercerita nak jugak bercerita tapi cerita apa yer.

Alhamdulillah sekali lagi berpeluang bersua Ramadhan. bulan puasa tahun ni lain sikit.Saya melalui bulan Ramadhan di rumah lain, teman rumah yang baru, dan status baru. *wink


Sekarang ni, saya jarang-jarang dapat berbuka bersama teman serumah tapi saya suka sesi chit chat sambil sahur di subuh hari. Walaupun dua-dua macam mamai tapi boleh lagi semangat bercerita. Tak kisahlah cerita ulang-ulang pun. Yang penting dah tak payah nak on tv.(Boleh jimat, kalau dapat kurang sampai bawah RM20.00 best juga.Free!)

Saya juga masih meneruskan misi jalan-jalan cari makan bersama lanun itu. Kali ini kitorang jelajah area Kajang. Ada kedai ayam percik cawangan dari the famous ayam percik in KB. Tapi nasi kerabu dia kurang ‘Kick’ dan warna biru nasinya nampak terlalu artificial. Tidak seperti yang original menggunakan sejenis bunga berwarna biru itu. Servis pun agak kurang memberangsangkan.Berdekatan kawasan situ juga ada asam pedas claypot yang diperkatakan orang. Sedap kata mereka. Tapi kami tidak sempat merasa lagi memandangkan kata hajah (tuan punya kedai), mereka tidak menyediakan tempat untuk berbuka. Hanya tapau atau take-away. Namun kami juga telah menjumpai kedai beriani gam yang agak memuaskan. Dengan harga flat rate yang murah dan berpatutan.Makanan yang sedap dan tv skrin besar. Bagus. Sebelum berakhirnya Ramadhan ni, mungkin satu atau dua tempat je lagi yang kami buleh terjah.masa sudah suntuk dan kami dihambat tuntutan tugasan. Berangan hendak ke Seremban atau Melaka tapi tengoklah kelapangan .Kelihatan seperti tidak sempat.

Oh ya, hari tu saya diperkenalkan dengan Marche di The Curve oleh Ajah. Itulah.. jakun kan saya tak pernah ke tempat itu.Kat situ pun buffet dia marvelous. Menjilat jari.puas hati makan ,berbaloi dengan harganya. Buleh makan steak,pasta, grilled seafood dan macam-macam lagi.pilihlah sendiri.

Wahh…sudah panjang..nantilah kalau ada cerita saya sambung lagi.

Selamat berbuka dan Selamat Beribadah !!

Datang Ramadhan rindu terubat
Janji tuhan ganjaran bertambah
Bulan Ramadhan bulan yang berkat
Ligat mengganda membaiki ibadah.